Hatchback EV Nissan LEAF rasmi dijual - unit CBU, harga langganan bulanan serendah RM3,500

oleh Mohamad Hanif|
Setelah mempamerkan Nissan LEAF secara rasmi pada acara KLIMS'18 tahun lalu, akhirnya hatchback berkuasa elektrik sepenuhnya itu akhirnya mula dijual di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Nissan LEAF generasi kedua itu dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 150 PS dan 320 Nm yang memacu roda hadapan. 

Atas jalan raya, Nissan LEAF mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang lapan saat (7.9 saat) dengan kelajuan dihadkan kepada 155 km/j sahaja. 

Manakala sumber kuasa elektrik pula diperoleh daripada pek bateri lithium-ion berkapasiti 40 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 311 km mengikut data kitaran NEDC. 

 


Untuk mengecas EV ini ketika ia mengalami kekurangan kuasa, Nissan membekalkan cara pengecasan mudah iaitu: 

  • Wallbox Charger 6.6 kW - mengambil masa tujuh jam untuk mencapai kapasiti penuh
  • Pengecasan pantas CHAdeMO 50 kW - mengambil masa 60 minit untuk kapasiti penuh

Pengecasan pantas CHAdeMO ini boleh didapati secara percuma di beberapa lokasi berikut:

  • ABB Malaysia Sdn Bhd (Subang Jaya)
  • Nichicon (Malaysia) Sdn Bhd (Bandar Baru Bangi)
  • R&R Ayer Keroh (Arah Selatan)
  • 17 lokasi ETCM di seluruh negara (bakal diperluas pada masa hadapan)

Membantu pengendalian yang menyeronokkan di dalam EV ialah posisi pek bateri yang diletakkan rendah ditengah kenderaan, memberikan kestabilan ketika pemanduan serta titik graviti yang rendah. 
 


Antara teknologi yang difokuskan pada EV LEAF ini ialah sistem pemanduan e-Pedal di mana anda boleh mengoperasikan kereta elektrik ini dengan hanya satu pedal sahaja untuk bergerak dan menghentikan kereta dengan mudah. 

Sebagai sebuah hatchback dalam segmen C, Nissan LEAF boleh memuatkan lima orang dewasa dengan selesa dan mampu menawarkan ruang kargo sebesar 435 liter yang mampu mencapai kapasiti maksimum 1,176 liter. 

Selain daripada enam beg udara yang didatangkan sebagai ciri standard, Nissan LEAF turut dilengkapi teknologi Safety Shield yang merangkumi: 

  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (FCW)
  • Brek Kecemasan Hadapan Pintar (FEB)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
  • Intelligent Driver Alertness (I-DA)
  • Intelligent Ride Control
  • Intelligent Trace Control
  • Bantuan Mula Mendaki
  • ABS, Bantuan Membrek
  • Kawalan Dinamik Kenderaan
  • Pengedaran Brek Elektronik

Ciri di atas membolehkan Nissan LEAF mencapai penarafan lima bintang penuh di dalam ujian pelanggaran kenderaan baharu Jepun (JNCAP). 
 

 

Untuk pasaran Malaysia, ETCM menawarkan Nissan LEAF dalam dua konfigurasi warna berbeza, iaitu:

  • Warna tunggal - Brilliant Silver, Super Black, Gun Metal Grey, Deep Blue Pearl
  • Warna dua tona - Pearl White/Deep Blue Peal, Magnetic Red/Super Black

Manakala interior pula didatangkan dalam dua warna opsyen iaitu Graphite Black dan Stone Grey. 

Harga jualan di atas jalan pula bermula dari RM188,888 tanpa insurans dan ETCM memberikan jaminan selama tiga tahun dengan 100,000 km jarak perbatuan, tiga tahun servis atau 60,000 km penyelenggaran percuma di samping jaminan selama lapan tahun untuk bateri lithium-ion (atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana terdahulu).
 


Selain daripada itu, ETCM turut menawarkan program langganan eksklusif Nissan LEAF yang merangkumi kontrak selama tiga tahun dengan harga bulanan serendah RM3,500. 

Masalah kebimbangan terhadap jarak operasi (range anxiety) merupakan antara masalah yang sering melanda pemilik EV, terutama ketika ingin berjalan jauh. 

Untuk itu, ETCM turut menawarkan program New Nissan LEAF Owners Privilege yang memberikan kebebasan kepada para pemilik untuk menggunakan mana-mana SUV X-Trail, MPV Serena atau pikap Navara untuk tempoh 23 hari setahun dalam tiga tahun pertama pemilikan. 

Untuk memohon, para pemilik LEAF perlu memasuki laman web www.nissan.com.my atau menghubungi Nissan Customer Care Centre Hotline di talian 1 800 88 3838 (pilih Opsyen 3). 
 


Nissan LEAF akan dipamerkan pada penghujung bulan ini di beberapa lokasi berikut: 

  • ETCM Glenmarie
  • ETCM Petaling Jaya
  • ETCM Jalan Raja Laut
  • ETCM Klang
  • ETCM Butterworth
  • ETCM Bayan Lepas
  • ETCM Johor Jaya
  • ETCM Kuantan
     

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…