Haval minat beli kilang Mercedes-Benz di Brazil

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat kenderaan China, Great Wall Motor (Haval) dilaporkan sedang membuat pengiraan untuk membeli salah sebuah kilang Daimler (Mercedes-Benz) di Brazil bagi mengembangkan sayapnya keluar dari kepompongnya.

Laporan dari media automotif barat berkata kedua-dua pihak itu sedang berbincang dan kos pembelian itu akan bernilai ratusan juta US Dollar.

Namun begitu, wakil kedua-dua syarikat automotif itu tidak mahu memberikan sebarang komen.

Disember tahun lalu, Daimler mengumumkan bahawa ia akan menutup operasi pembuatan kenderaan di Brazil kerana kesukaran pasaran di negara tersebut.

Kilang Iracemapolis itu dibuka dalam tahun 2016 dan memasang model Mercedes-Benz C-Class dan GLA.

 

 

Daimler menghabiskan US$120 juta untuk fasiliti tersebut yang mampu memasang 20,000 unit kenderaan setahun. Ia juga digunakan untuk memasang bas, trak dan ujian-ujian kenderaan.

Great Wall yang hanya mempunyai SUV sahaja mungkin sudah mula merasa tekanan kerana pasaran tempatannya mula "diusik" oleh SUV-SUV luar, terutamanya dari Toyota dan Volkswagen. 

Pasaran terbesar Great Wall di Amerika Latin ialah di Chile dengan nilai jualan sebanyak US$44 juta, iaitu 2.8 persen dari pendapatan tahunannya.

Pemegang saham terbesar Daimler ialah bilionair China, Li Shufu yang juga pengasas Geely, seteru kepada Great Wall. Mungkin kerana itu Great Wall terus membuat perjanjian persefahaman dengan BMW Group untuk operasi di China. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Bangkok Post, Great Wall akan menggunakan fasiliti yang ditinggalkan oleh…
Berita Global
Xiomi, antara syarikat pembuat telefon pintar terbesar dunia dikatakan sudah memulakan perbincangan…
Berita Global
Tindakan itu dilakukan untuk memastikan julat keuntungan GM mencapai lingkungan US$2 billion…