Hayden Haikal lakar sejarah baharu, peroleh 2 kemenangan berturut-turut

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wakil tunggal pelumba muda negara, Hayden Haikal berjaya melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh kemenangan berturut-turut dalam kelas nya pada 2 perlumbaan pembukaan Idemitsu Super Turbo Championship di Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun hanya kali kedua tampil pada peringkat antarabangsa, pelumba berusia 18 tahun bersama pasukan Wing Hin Motorsports itu berjaya memperoleh 2 kemenangan dalam penampilan pertama siri Idemitsu Super Turbo Championship.

 

2

 

Pada tahun 2022, Haikal telah memperoleh tempat kedua keseluruhan dalam perlumbaan antarabangsa pertamanya iaitu Thailand Super Eco Saloon Car Series.

Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, 11 Mac menyaksikan Haikal yang merupakan satu-satunya pelumba luar dalam perlumbaan tersebut berjaya menjadi terpantas dalam kelas nya.

 

3

 

Walaupun diasak dengan 22 buah jentera lain di dalam litar, Haikal berjaya memperoleh tempat ke-8 keseluruhan dan menjadi nombor 1 dalam kelas nya.

Perlumbaan 2 pada hari Ahad, 12 Mac pula Haikal yang bermula dari petak ke-5 berjaya melengkapkan 12 pusingan dan memperoleh tempat ke-6 keseluruhan serta masih nombor 1 dalam kelas nya.

 

4

 

Setelah berjaya memperoleh tempat kedua keseluruhan pada perlumbaan antarabangsa pertamanya tahun lalu, tahun ini Haikal berazam untuk mencapai kejuaraan pertamanya di dalam siri Idemitsu Super Turbo Championship.

Perlumbaan tersebut berbaki lagi 4 perlumbaan, dimana pusingan 2 dijadualkan pada 19 hingga 21 Mei, manakala pusingan 3 dan terakhir dijadualkan pada 16 hingga 18 Jun.

 

Baca: Hayden Haikal debut kembali dalam perlumbaan antarabangsa

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…
Berita Domestik
Perlumbaan tersebut akan berlangsung pada 10 hingga 12 Mac 2023, hujung minggu ini bertempat di…