HAYDEN HAIKAL TAMATKAN DUA PERLUMBAAN TERAKHIR THAILAND SUPER SERIES DI PODIUM

oleh Penyumbang Rencana 2|
PELUMBA muda negara, Hayden Haikal menutup tirai kejohanan Thailand Super Series Super Eco musim ini dengan dua kali podium.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari seterusnya.

Kedua-dua perlumbaan sebanyak 12 pusingan itu diadakan pada 16 dan 17 Disember bertempat di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

HAYDEN HAIKAL

Hayden memulakan minggu perlumbaan kali ini dengan mencatat masa terpantas dalam sesi latihan sebelum mendapat tempat ketiga terpantas dalam sesi kelayakan.

Pada perlumbaan pertama, Hayden yang memandu Honda Brio Amaze bagi pasukan Pipekids Racing mendominasi perlumbaan dengan 12 pusingan di kedudukan paling hadapan.

HAYDEN HAIKAL

Perlumbaan menjadi semakin sengit apabila pelumba dari pasukan V-Are Pro Garage, Athipong Khumtong dan Danuwat Worakitichai dari pasukan Insane Motorsport mencabar kedudukan Hayden di babak pusingan terakhir.

Athipong yang mendahului pusingan terakhir walau bagaimanapun dipintas semula oleh Hayden di beberapa selekoh sebelum ke garisan penamat.

Hayden memenangi perlumbaan tersebut dengan perbezaan hanya 0.6 saat sahaja di hadapan Athipong.

Di perlumbaan kedua pula, Hayden perlu bekerja keras untuk mendapat kedudukan tempat ketiga ekoran memulakan perlumbaan tersebut di grid kelima.

HAYDEN HAIKAL

Beliau perlu bertarung dengan tiga lagi perlumba untuk mencatat kedudukan terbaik di perlumbaan tersebut.

Perlumbaan sengit yang diadakan itu melibatkan empat pelumba bersaing di empat pusingan terakhir sebelum garisan penamat.

Kejayaan pada dua perlumbaan pusingan kali ini merupakan keputusan terbaik bagi pasukan Pipekids Racing untuk 2023 setelah menduduki tempat kedua dan keempat di pusingan kedua kejuaraan.

 

Penulis: Firdaus Razani 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…