Hayden Haikal, wakil pelumba muda negara mengejar kejuaran pertamanya di peringkat antarabangsa

oleh Penyumbang Rencana|
Satu-satunya wakil negara, Hayden Haikal merupakan pelumba muda yang baru berusia 18 tahun itu sedang bersaing dalam perlumbaan antarabangsa Thailand Super Eco bagi mengejar kejuaraan pertamanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Hayden kini menduduki tempat kedua, kurang 20 mata di belakang pendahulu Thai Na Dol Vatanatham yang memiliki 105 mata. Pelumba muda itu telah meraih dua kemenangan dan menduduki tempat ketiga sebanyak tiga kali selepas enam perlumbaan

 

brio

 

Hayden Haikal berkata, "dari segi kiraan mata saya mempunyai peluang yang baik untuk bersaing memenangi kejuaraan keseluruhan Thailand Super Eco tetapi ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi berdepan dengan saingan yang begitu hebat. Saya akan menumpukan fokus sepenuhnya kepada kedua-dua perlumbaan hujung minggu ini."

 

Prestasi Hayden dilihat amat menyerlah untuk pelumba muda yang pertama kali menyertai perlumbaan antarabangsa apabila beliau secara konsisten menghabiskan setiap perlumbaan di tiga tempat teratas.

 

brio

 

Dua perlumbaan terakhir Thailand SupermEco akan diadakan di litar jalan raya khas Bangsaen dan juga di Litar Antarabangsa Buriram Chang, pada tarikh 10 dan 11 Disember ini.

 

Jadual dua perlumbaan terakhir Thailand Super Eco adalah seperti berikut:

  • Sabtu, 10 Disember 2022 (2.30 pm - 3.00 pm waktu Malaysia)
  • Ahad, 11 Disember 2022 (9.55 am - 10.25 am waktu Malaysia)

 

Perlumbaan itu akan disiarkan secara langsung di Facebook dan Youtube atau laman web Thailand Super Series

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…