Heico Sportiv tawar naik taraf kuasa, kit badan untuk Volvo XC60

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat dan pencinta jenama Volvo moden sudah tidak perlu risau akan penampilan kenderaan mereka, memandangkan sejak keluar dari kilang kereta-kereta Volvo sememangnya cantik dan sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk mereka yang mahukan lebih daripada itu, anda boleh mendapatkan khidmat naik taraf kuasa serta penampilan daripada beberapa buah firma, salah satu daripadanya adalah Heico Sportiv dari Jerman.

Heico menawarkan pakej kit badan yang merangkumi penambahan liang udara, sirip dan splitter bersama-sama emblem Heico untuk dipadankan pada bampar asal.

Selain daripada itu, rim bersaiz 21 atau 22 inci boleh dipilih bergantung kepada bajet.
 

Heico


Heico turut menawarkan pemasangan spacer 15 mm, serta modul elektronik khas yang mampu merendahkan lagi suspensi udara adaptif sebanyak 30 mm, atau sehingga 40 mm untuk memudahkan urusan keluar masuk.

Untuk mereka yang mahukan pemanduan agresif beserta runut bunyi yang bersesuaian, sistem ekzos sports aktif boleh dipadankan dengan kawalan flap, serta sistem Heico Sportiv Selected Sound.

Kemasan ruang kabin pula terdiri daripada roda stereng sports, pedal aluminium, alas lantai velour, serta emblem Heico pada butang pandu mula yang dicetak menggunakan 3D printing.
 

Heico


Akhir sekali, naiktaraf kepada sistem penjanaan kuasa, di mana Heico menawarkan kit e.Motion yang mampu meningkatkan kuasa enjin 2.0 liter diesel turbo kepada 217 hp/480 Nm (daripada kuasa asal 188 hp/400 Nm).

Naik taraf ini membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 9.4 saat, atau lebih pantas 1 saat berbanding model standard.

Terdapat juga opsyen yang mampu menyahkunci had 180 km/j yang dibuat oleh Volvo, di mana anda kini boleh memandu Volvo anda pada kelajuan tertinggi 230 km/j.
 

Heico


Harga jualan untuk kit badan bermula dari €3,399 (RM16,000), atau sehingga €6,592 (RM31,031) termasuk sistem ekzos, sementara rim sport pula berharga €801 (RM3,771).

Talaan kepada perisian enjin pula bermula dari €2,282 (RM10,742), diikuti €1,850 (RM8,709) untuk nyahkunci had kelajuan 180 km/j, €1,519 (RM7,151) untuk intercooler, €1,979 (RM9,316) untuk modul suspensi udara, €5,988 (RM28,188) untuk naiktaraf sistem brek dan €6,592 (RM31,031) untuk modifikasi sistem ekzos.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja respon yang diterima ketika awal pengenalan tali pinggang keledar (baca artikel kami…