Helikopter PDRM terhempas di Tawau

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di kawasan kem Polis Batalion 14 PGA, Kem Air Panas Tawau kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, terdapat enam mangsa terbabit dalam nahas berkenaan dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.

 

Menurut sumber helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Batalion 17 PGA Lahad Datu sebelum terhempas di sini. 

 

Difahamkan, juruterbang (pegawai berpangkat Deputi Superintendan), pembantu juruterbang (pangkat Asisten Superintendan), tiga anggota pangkat rendah serta seorang jurutera (orang awam) terselamat dalam nahas pada 6.30 petang itu.

 

Helikopter jenis Agusta Westland AW139 dengan nombor pendaftaran 9M-PMC itu dikatakan sedang dalam tugasan rutin ‘Op Taring’ berlepas dari Lahad Datu ke Tawau pada tengah hari tadi.

 

Ia dijadualkan berlepas semula dari Tawau pada 7.28 malam ini sebelum gagal dikesan dari data pangkalan.



Difahamkan juga, makluman awal melaporkan semua kru dan penumpang helikopter berkenaan selamat.

 


 

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penerbitan EAD oleh EASA adalah ekoran kemalangan maut membabitkan pesawat…
Berita Domestik
Dalam insiden jam 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu…
Berita Global
Menerusi perkongsian rakaman kejadian di media sosial, pesawat itu dilihat dijilat api dan…