HELIKOPTER TLDM MENDARAT CEMAS DI LUMUT

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEBUAH helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TLDM Lumut, tengahari tadi.

Helikopter terbabit sebelum itu melakukan penerbangan operasi sebelum terpaksa melakukan pendaratan cemas terbabit di kediaman Blok B Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) kira-kira pukul 12.00 tengahari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimana pun, juruterbang Komander Khalid Md Lepi, pembantu juruterbang Leftenan Erman dan dua kru lain selamat dan tidak mengalami kecederaan parah.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kesemua kru terbabit kini menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.

keadaan helikopter yg mendarat cemas di dalam kem lumut

"Insiden tidak membabitkan kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal," kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu berkata, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Difahamkan ia kejadian kemalangan pertama membabitkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM.

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar