Helmet canggih siap skrin navigasi

oleh HEZERI SAMSURI|
Teknologi helmet sebenarnya tidak begitu cepat berubah.
Evolusi dari segi keselamatan seperti sudah hampir berhenti dan kerana ciri aerodinamik, semua nampak hampir serupa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerana itu helmet pintar Cross One ini cuba mengubah segala persepsi helmet dengan menjadikan ia lebih praktikal. 

 

 

Selain dari bentuk helmet ini yang mirip kepala sesibu, ia dilengkapi dengan sistem HUD atau Head Up Display di mana imej dipancarkan pada skrin kecil di bahagian hadapan mata. 

 

 

Maklumat yang tertera termasuk peta navigasi, informasi motosikal dan fungsi-fungsi telefon bimbit.

Selain dari itu, ia diberikan juga teknologi bunyi yang baik jika pemakainya mahu mendengar muzik atau bercakap melalui telefon dengan peranti Bluetooth. 

Ia mampu mengekang bunyi bising di luar agar pemakai lebih selesa.

Untuk memastikan pemakai sering dapat dilihat, helmet Cross One seberat 1,780 gram ini mempunyai lampu sisi yang terang, seperti DRL jenis LED.

 

 

Ia juga mempunyai kamera di bahagian belakang, sesuai ketika hendak mengubah laluan. 

Gambar dari kamera dipancarkan kepada sistem HUD tadi. 

Ia juga mempunyai kemudahan komunikasi dengan helmet-helmet lain yang mempunyai peranti Bluetooth dengan sistem walkie-talkie.

 

 

Bentuk cool pada helmet ini juga lebih aerodinamik. 

Prosessor yang digunakan ialah Quad ARM Cortex A53, 1.2Ghz dengan bantuan memori 8Gb. 

Ia boleh dipadankan dengan sistem operasi telefon pintar iOS atau Android.

Tiada harga diberikan kerana ia masih dalam proses pembikinan melalui dana yang terkumpul dari pungutan dana KickStarter. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…