Hennessey H1000 Last Stand Dodge Charger dan Challenger, edisi terhad rai enjin Hellcat terakhir

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Last Stand HEMI Dodge Charger 2023
Hennessey Last Stand HEMI Dodge Charger 2023
Hennessey memperkenalkan pikap Venom 775 yang diubah suai dari Ford F-150 pada minggu terakhir Oktober.

Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sebuah lagi model dahsyat mengambil giliran iaitu Hennessey H1000 'Last Stand' Dodge Charger dan Challenger.

Bukan sebuah tetapi dua buah model dan kenapa Last Stand?

Kedua-dua model yang diasaskan dari Dodge SRT Charger dan Challenger itu dibuat bagi meraikan tahun akhir pengeluaran enjin 6.2 liter Hellcat HEMI V8 supercas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Last Stand HEMI 2023

 

Enjin yang ditawarkan untuk pelbagai varian Charger dan Challenger menghasilkan sehingga 807 kuasa kuda (hp) dan juga memasuki tahun kesembilan pengeluaran. 

Hennessey yang mempunyai pengalaman lebih 32 tahun dalam pengubahsuaian memasang supercas lebih besar (kecuali varian Redeye).

Beberapa perkakasan dinaik taraf seperti pemancit bahan api dan kapi (pulley). Turut dipasang sistem pengambilan udara aliran tinggi dan sistem pengudaraan kotak engkol.

 

Hennessey Last Stand HEMI Dodge Challenger 2023

 

Set ekzos asal diganti dengan kepala besi tahan karat jenis panjang dan penukar bermangkin (catalytic converter) aliran tinggi.

Tentukuran enjin baharu melonjakkan enjin HEMI kepada 1,000 kuasa (hp) dan tork 1,285Nm! Angka itu hanya 25 hp kurang daripada model andalan SRT Demon 170.

Pecutan dari 0 sehingga 97 kilometer sejam (km/j) hanya memerlukan 2.8 saat. 

 

Hennessey Last Stand HEMI Dodge Challenger 2023

 

Pada bahagian luar, Hennessey H1000 ‘Last Stand’ dipakaikan perkakasan gentian karbon seperti pemisah depan, skirt sisi, spoiler dan peresap belakang.

Rim aloi 20 inci dengan rongga besar saiz ditawarkan dalam warna hitam kilat atau grafit.

Identiti istimewa diserlahkan lagi dengan grafik Last Stand dan plak nombor siri untuk setiap 50 unit terhad Charger dan Challenger atau 100 unit keseluruhannya.

 

Hennessey Last Stand HEMI Dodge Charger 2023

 

Pakej naik taraf H1000 ‘Last Stand’ ditawarkan untuk Dodge SRT Charger dan Challenger model 2021 sehingga 2023.

Seperti biasa, Hennessey sedia untuk menghantarnya kepada pelanggan luar negara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Last Stand HEMI Dodge Charger 2023