
Tidak dilupakan, kit karbon turut memberikan imej lebih sporti.
Pakej Carbon Edition ditawarkan sebagai kit tambahan yang dibuat khas untuk kedua-dua model MAMMOTH 900 TRX dan MAMMOTH 1000 TRX.
Sebagai imbasan, Hennessey Mammoth 1000 TRX diubah suai dari pikap Dodge Ram 1500 TRX dengan enjin asal menghasilkan 702 hp.
MAMMOTH TRX 900 juga dari pikap sama dan tampil dengan ubah suai yang lebih sederhana. Walaupun begitu, kuasa tetap tinggi dengan 900 hp dan tork 1,183Nm.

Pakej karbon yang ditawarkan terdiri daripada gril atas dan bawah, liang tukup enjin, sauk udara tukup enjin dan liang pada fender.
Lagi komponen gentian karbon seperti penutup enjin, bingkai lampu depan dan lampu belakang.
Satu lagi yang menarik ialah kesemua komponen gentian karbon menggunakan kemasan sulaman karbon terdedah dan lapisan satin yang tahan lasak.
Pakej Carbon Edition MAMMOTH TRX 900 dan MAMMOTH TRX 1000 model tahun 2021 - 2023 ditawarkan pada harga AS$11,950 (RM52,584) termasuk pemasangan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
