Hennessey Venom 775 F-150 2023, 775 bhp dan 929Nm, terhad 250 unit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Venom 775 F-150 2023
Hennessey Venom 775 F-150 2023
Pada September 2021, Hennessey memperkenalkan Venom 775 yang diubahsuai dari Ford F-150 dan menghamburkan lebih 770 bhp.

Hennessey menghadkan pengeluaran sebanyak 100 unit sahaja dan Careta turut melaporkannya. 

Terbaru Hennessey memperkenalkan semula Venom 775 F-150 dalam jumlah lebih besar namun masih terhad iaitu 250 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Venom 775 F-150 2023

 

Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400 kuasa kuda (hp) dan tork 556Nm.

Sebagai ulang kaji, enjin itu dipasang pengecas lampau 3.0 liter bagi meningkatkan tekanan pengambilan udara.

Bagi mengurangkan suhu, pikap ini menggunakan pendingin antara (intercooler) udara kepada air.

 

Hennessey Venom 775 F-150 2023

 

Pemancit bahan api dan sistem bahan api ditingkatkan dan sistem pengambilan udara aliran tinggi dipasang.

Set ekzos cat-back besi tahan karat mengurangkan tekanan belakang (back pressure) dan semestinya untuk bunyi lebih garang.

Tidak lengkap dengan naik taraf mekanikal, Venom 775 menggunakan Pengurusan Tentukuran Enjin Hennessey bagi menyelia kuasa 775 bhp dan tork 929Nm.

 

Hennessey Venom 775 F-150 2023

 

Pecutan dari 0-60 batu sejam (97 km/j) hanya memerlukan 3.6 saat atau 0.3 saat lebih pantas berbanding model 2021. 

Badan yang tinggi disumbang kit peninggi enam inci dan rim 20 inci Hennessey dengan tayar 35 inci. 

Sistem ampaian turut dinaik taraf dan di sebalik tayar jelas kelihatan tangki berasingan dengan logo Fox.

 

Hennessey Venom 775 F-150 2023

 

Selain itu, satu perbezaan di antara model 2021 dengan 2023 ialah angkup brek Brembo warna merah.

Sama seperti model 2021, pikap baharu ini dipasang bampar depan Hennessey Venom dengan lampu LED.

Jeriji depan berbeza daripada model sebelum ini dengan rekaan lebih sederhana dan tanpa riasan krom perak.

 

Hennessey Venom 775 F-150 2023

 

Bahagian sisi pikap dipasang pemijak AMP berkuasa bagi memudahkan pemandu dan penumpang naik dan turun.

Satu lagi ciri unik pada model 2023 ialah logo depan dan pendakap dapra (fender) yang bercahaya.

Tidak hanya untuk pelanggan di Amerika Syarikat, Venom 775 boleh dihantar kepada pelanggan antarabangsa.

Harga bermula daripada AS$ 59,950 (RM286,848) tidak termasuk pikap F-150.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Venom 775 F-150 2023