Hias dinding rumah anda dengan 4 warna sebenar Porsche

oleh Mohamad Hanif|
Tak tahu nak hias rumah dengan warna apa?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau, anda boleh mendapatkan inspirasi daripada jenama Porsche di mana mereka telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat cat Backdrop untuk menawarkan sehingga empat warna kustom mengikut penawaran warna sebenar pada kereta-kereta Porsche.
 

backdrop


Kerjasama itu dibuat sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun Porsche yang ke-75.

Empat warna yang dimaksudkan ialah:
• Irish Green - pertama kali muncul pada model 356C tahun 1964, dan antara warna opsyen yang ditawarkan pada model Porsche 911.
• Speed Yellow - pertama kali muncul pada model 911 tahun 1991
• Ruby Star - juga ditawarkan pada model 911 tahun 1991, selain model 928 dan 944
• Riviera Blue - pertama kali muncul pada tahun 1994, dan telah ditawarkan pada model 911, 928 dan 968.
 

backdrop


Di pasaran Amerika Syarikat, anda boleh mendapatkan empat warna khas tersebut dengan harga bermula dari $75 per gelen (RM349.35 untuk setiap 3.79 liter).

Agak mahal, tapi ia bukanlah satu masalah sekiranya anda memang mampu untuk memiliki sebuah Porsche.

Setiap pembelian akan menerima keychain kenang-kenangan edisi ulang tahun ke-75.