Hilang hampir 90 tahun, pesawat Amelia Earhart didakwa dijumpai

oleh Penyumbang Rencana|
Misteri kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.

Earhart hilang sejak 1 Jun 1937 bersama dengan jurumudi Fred Noonan ketika dalam misi mengelilingi bumi menggunakan pesawat Lockheed Electra.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tony Romeo seorang bekas pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat mendakwa menjumpai lokasi bangkai pesawat Earhart menggunakan sonar.

Imej sonar yang dikongsi adalah agak kabur tetapi mirip bentuk Lockheed Elektra yang dilengkapi dua enjin serta mempunyai ekor berkembar.

Romeo berkata, beliau akan cuba mengambil imbasan yang lebih jelas di lokasi yang masih dirahsiakan pada ketika ini menurut laporan dari Reuters

Kehilangan Earhart adalah antara enigma paling besar dalam sejarah dunia penerbangan. Antara teori mengenai kehilangan beliau ialah pesawat terhempas selepas tersesat dan beliau ditangkap oleh askar Jepun kerana didakwa adalah pengintip.

Beberapa misi mencari beliau sejak 87 tahun yang lalu menemukan serpihan aluminium didakwa sebahagian bangkai pesawat dan tulang yang didakwa milik beliau tetapi kemudiannya hilang.

- adakah ini fakta atau auta, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya, mana tahu mungkin misteri kehilangan MH370 juga akan terjawab juga satu hari nanti, Insya Allah -