Hilang kawalan, Proton Saga rempuh kedai alat komunikasi

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Proton Saga dilapor merempuh premis menjual alat komunikasi di Jalan Mahkamah, Fajar Tawau, semalam.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu pada jam 10.35 pagi.

Menurut laporan Astro Awani, pemandu berusia 31 tahun itu dikatakan cuba menghidupkan kenderaannya yang diparkir, sebelum kenderaan itu bergerak terus ke hadapan.

Pemandu tersebut tidak dapat mengawal kereta tersebut lalu merepuh masuk ke sebuah kedai alat komunikasi.

Akibat kejadian itu, pintu kaca kedai pecah manakala kereta berkenaan pula mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Katanya, kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang menyebabkan kematian seorang penunggang…
Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang mengorbankan seorang penunggang…
Berita Domestik
  Di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, seorang wanita, berusia 23 tahun telah mengalami…