Hilang kerja akibat COVID-19? Hyundai tanggung enam kali pembayaran kereta baru anda!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada keadaan semasa yang semakin membimbangkan akibat penularan virus COVID-19, Hyundai Motor America kini menawarkan program pembiayaan khusus buat para pemilik yang baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi program Assurance Job Loss Protection, para pemilik baharu Hyundai dan Genesis yang kehilangan kerja akibat COVID-19 akan dikecualikan daripada membayar pembiayaan sehingga enam bulan. 

Langkah ini diperkenalkan bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung ketika suasana semasa yang tidak menentu buat masa ini. 

Menurut Hyundai (dan Genesis), tawaran ini terpakai bagi para pemilik baharu yang membeli kereta bermula 14 Mac sehingga 30 April 2020 menerusi pembiayaan Hyundai Capital (dan Genesis Finance) tanpa mengira latar belakang kerjaya mereka. 

Malah, ia juga turut diperluaskan kepada mana-mana pembelian baharu (Santa Fe, Tucson, Elantra, Elantra GT, Kona, Venue dan Accent) dan menggunakan program pembiayaan Hyundai Capital dan Genesis Finance akan dikecualikan pembayaran sehingga 90 hari. 

Program Assurance Job Loss Protection ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 akibat krisis kewangan, yang membenarkan para pemilik memulangkan semula kenderaan atau memajakkannya selama satu tahun sekiranya mereka kehilangan kerja.