Hilux AT35 lebih rugged, ciri off-road dipertingkat!

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap Hilux sememangnya satu model yang tidak lagi memerlukan pengenalan, memandangkan ia mempunyai reputasi yang tersendiri sebagai sebuah trak pikap yang boleh dipercayai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi mereka yang berada di Arctic Trucks, keupayaan tersebut sebenarnya tidak mencukupi!

Apa yang dilakukan oleh tangan-tangan yang gatal di Arctic Trucks adalah menaiktaraf varian Toyota Hilux facelift (Invicible X), seperti sistem suspensi Bilstein dengan spring dan peredam kustom di hadapan, diikuti dengan bar anti-oleng dan peredam yang telah dimodifikasi.

Perubahan ini meninggikan jarak kelegaan tanah Hilux sebanyak 65 mm, sementara sudut approach dan departure pula masing-masing bertambah sebanyak sembilan dan tiga darjah.

 


Jika dibandingkan dengan Hilux standard, Hilux AT35 mendapat penambahan ketinggian suspensi sebanyak 40 mm depan dan 20 mm belakang.

Menurut Arctic Trucks, mereka telah membuat sedikit penambahbaikan terhadap rangka dan arca dalam Hilux, diff depan dan belakang yang telah diubahsuai untuk pengedaran daya kilas yang lebih baik, sementara bahagian panel badan luar juga turut mendapat perubahan bagi memuatkan set rim bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar BFGoodrich KO2 All-Terrain 35 inci.

Secara keseluruhan, Hilux AT35 kini lebih lebar 90 mm, lebih tinggi 90 mm dan lebih berat 115 kg, selain mampu untuk memuatkan beban sehingga 1,053 kg (lebih 43 kg) berbanding Hilux standard.

 


Mengakhiri segala pakej tersebut adalah kehadiran tempat pemijak sisi yang dipanjangkan, serta bar tinggi di bahagian belakang.

Enjin pula adalah standard, di mana nadi diesel turbo 2.8 liter itu mampu menghasilkan 201 kuasa kuda dan 500 Nm daya kilas.

Bagi mereka yang menetap di UK, kit Hilux AT35 2021 sudah pun boleh ditempah dengan harga bermula dari £18,780 (RM104,644) tidak termasuk kos pembelian sebuah Hilux Invicible.