Himalaya Hue 166 - restomod Defender berharga RM1.26 juta

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pakar restorasi jentera-jentera Defender klasik Himalaya membawakan projek terbaharu mereka yang dinamakan sebagai Hue 166 yang diinspirasikan daripada versi pertama Defender yang muncul pada tahun 1948.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sekadar sentuhan bersifat kosmetik, akan tetapi Himalaya turut memberikan penekanan kepada aspek pemanduan jentera 4x4 ini, serta kemasan kabin yang mewah.
 

HUE


Hue 166 dilayangkan dengan warna klasik Grasmere Green, bumbung yang dicat putih, fender kustom yang lebar serta padanan rim retro bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar BFGoodrich.

Meskipun luaran nampak klasik, Himalaya telah membina semula platform ladder-frame kustom yang lengkap dengan gandar Dynatrac, suspensi gegelung four-link, serta sistem perberhentian Brembo dengan brek cakera.
 

HUE


Unit kuasa pula disumberkan daripada Chevrolet Corvette, iaitu enjin LT4 V8 supercharger yang mampu menghasilkan 650 kuasa kuda yang disalurkan kepada sistem pacuan empat roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.

Usaha untuk menawan laluan off-road dibantu dengan perlindungan bawah badan, bampar logam serta pemasangan rock slider.
 

HUE


Ruang kabin Defender Hue 166 ini menampilkan kemasan upholsteri jahitan tangan, serta ciri moden seperti sistem infotainmen JVC dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem bunyi premium serta kawalan iklim dua zon.

Untuk projek restomod Defender Hue 166 yang serba lengkap ini, Himalaya menawarkan harga $300,000 (RM1.26 juta).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penemuan serpihan pesawat itu dibuat oleh sebuah pasukan pencari di sebuah puncak gunung…