HINO anjur peraduan 'Total Support Contest' untuk tahun ketujuh dalam norma baharu

oleh Mohamad Hanif|
HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM), sebuah subdiari di bawah Hino Motors Limited Japan baru-baru ini menganjurkan acara tahunan 'Total Support Contest' untuk tahun ketujuh di dalam norma baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seramai 60 orang peserta akhir daripada 10 pengedar Hino yang bertauliah telah mengambil bahagian di dalam TS Contest ini.

Untuk tahun ini, Total Support Contest HINO bertemakan 'Transforming Virtual & Digital Technology to Enhance HINO Business & Dealer's Skill', di mana ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan skill pengedar untuk menghadapi cabaran global dan dalam masa yang sama mengekalkan semangat mengutamakan pelanggan.
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu:

Sales

Para peserta diberikan tugas untuk menghasilkan sebuah video 'lakonan' berkenaan prosedur lengkap penyerahan kenderaan kepada pelanggan berdurasi 13-15 minit.
 


Service

Dalam kategori Service Advisor, peserta perlu berhadapan dengan pelanggan menerusi platform komunikasi seperti Microsoft Team, di mana mereka akan dinilai berdasarkan etika berurusan dengan pelanggan, menangani aduan, termasuklah memberikan nasihat berkenaan penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sementara kategori Senior Service Technician pula, peserta akan dinilai berhubung skil dan pengetahuan di dalam penyelenggaraan kenderaan, penyelesaian masalah mekanikal, dan menggunakan alat diagnos seperti Hino Diagnosis Tools Explorer (DX II).

Parts

Peserta dikehendaki untuk melengkapkan ujian dalam talian seperti menggunakan Electronic Parts Catalogues (EPC), pengurusan dokumentasi teknikal, servis alat ganti dan servis selepas jualan, dan keupayaan untuk mengenal pasti alat yang betul untuk kenderaan tertentu berdasarkan model dan nombor casis.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan…
Berita Domestik
Acara tahunan ini disertai oleh 130 orang peserta dari 36 buah syarikat pengedar berdaftar di bawah…