HINO buka pusat 3S baharu secara rasmi di Kota Bharu

oleh Penyumbang Rencana|
Hino Motors Sales Malaysia (HINO), secara rasminya telah melancarkan pusat 3S serba baharu yang dikendalikan oleh Soon Seng Motors Enterprise (1988) Sdn Bhd (SSKB). Lokasi pusat 3S ini terletak secara strategik di Tunjong, Kota Bharu
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SSKB telah melabur sebanyak RM 2 juta untuk Pusat 3S baharu mereka bagi naik taraf yang merangkumi keluasan 1.5 ekar kawasan bengkel berbumbung, dilengkapi dengan kemudahan terkini mengikut standard HINO.

Kemudahan ini dilengkapi dengan 6 ruang perkhidmatan dan 15 ruang pembaikan. Kemudahan ini membolehkan mereka menservis 8 hingga 10 unit sehari dan 210 unit sebulan.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai kemudahan di pusat 3S baharu itu seperti ruang istirahat yang selesa, perkhidmatan Wi-Fi percuma, aliran percuma makanan dan minuman.

SSKB turut menawarkan perkhidmatan yang mudah untuk pelanggan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan, temujanji PUSPAKOM pada setiap minggu, pemeriksaan luar dan perkhidmatan trak tunda 24 jam.

Acara pembukaan pada 1 December itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama dan Pengarah Urusan SSKB, Joe Lee.

 

HINO


Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama berkata pada majlis itu, "Kami melantik cawangan SSKB sebagai pusat 3S Sah HINO untuk menawarkan pusat sehenti di bawah satu bumbung kepada pelanggan kami khususnya di Kota Bharu, Kelantan."

"Ia akan membantu kami dalam mencapai matlamat yang bukan sahaja untuk membangun produk untuk setiap perniagaan tetapi juga untuk memaksimumkan jangka hayat kenderaan dan mengurangkan kos kenderaan."

“Kami sentiasa mengutamakan Customer-Centric dalam fikiran kami, di mana kami berhasrat untuk memberikan akses dan perkhidmatan yang terbaik dan paling mudah kepada pelanggan."

"Kami percaya pusat 3S baharu ini adalah mudah dan strategik untuk pelanggan membuat pertanyaan terkini berkaitan Model HINO, kerja badan kenderaan dan mendapatkan perkhidmatan selepas jualan serta bekalan alat ganti tulen."

Pusat 3S Kota Bharu itu beralamat di PT 1346, Jalan Pasir Mas, Salor, Kg Gaung Kota, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Ianya dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang. 

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi terus mereka ditalian 09-7418 836.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…