HINO Malaysia buka Pusat 3S baharu di Batu Pahat

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini, Chee Heng Workshop & Automobile Sdn Bhd telah menaik taraf operasi mereka sebagai Pusat 3S HINO yang baharu di Batu Pahat, Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan bertujuan untuk memberikan pelbagai faedah kepada pelanggan di sekitar Batu Pahat.

Chee Heng telah melabur sekitar RM1 juta bagi menaik taraf Pusat 3S baharu itu yang meliputi kawasan bengkel seluas 1.0 ekar.

Fasiliti baharu itu dilengkapi dengan 24 ruang servis di bahagian belakang bangunan untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada pelanggan.

 

9

 

Ruang istirahat pelanggan terletak di pejabat hadapan, menawarkan aliran percuma makanan dan minuman berserta Wi-Fi percuma untuk pelanggan yang menunggu.

Dengan kemudahan dinaik taraf, pusat 3S baharu itu memiliki 13 juruteknik terlatih yang boleh melakukan servis sehingga 1,000 unit sebulan dan 48 unit sehari.

Mereka juga turut beroperasi sebagai pusat penyelesaian sehenti yang menawarkan pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM, pemeriksaan di tapak mudah alih, dan perkhidmatan trak tunda 24 jam.

 

10

 

Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama berkata, “Chee Heng telah bersama Hino sejak 1987 dan mereka dianggap sebagai salah satu pengedar perkhidmatan Hino tertua."

"Sebagai salah seorang peniaga yang berpengalaman, Hino mengakui komitmen dan dedikasi Chee Heng kepada Hino oleh itu Hino mempercayai Chee Heng untuk menjadi pusat penyelesaian sehenti di Batu Pahat."

"Penyelesaian sehenti ini akan membantu kami lebih dekat dalam mencapai matlamat kami yang bukan sahaja untuk membangunkan produk sesuai untuk setiap perniagaan pelanggan tetapi juga untuk 'Memaksimumkan jangka hayat kenderaan' dan 'Meminimumkan Kos selenggara Kenderaan'.”

Pusat 3S HINO baharu itu terletak di alamat No. 3, Lorong 3, Jalan Kluang Beroleh, 83000 Batu Pahat, Johor. Ianya dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang, untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi mereka ditalian 012-2716825 untuk jualan dan 019-7346825 untuk servis selepas jualan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…
Berita Domestik
Dua outlet tersebut terdiri daripada UP Service Center Sdn Bhd (UP Service) yang terletak di…