Hino Malaysia buka pusat 3S di Pelabuhan Barat, Klang

oleh Penyumbang Rencana 2|
Hino bukanlah satu jenama yang asing dalam industri kenderaan berat di Malaysia, jenama ini telah menjadi pilihan banyak pihak dari pelbagai sektor industri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn Bhd sebagai pusat 3S – Jualan, Servis Dan Alat Ganti mereka yang terbaharu.

Lokasinya yang strategik terletak di kawasan Pelabuhan Barat, bertujuan untuk menyokong pelanggan HINO terutamanya mereka yang beroperasi dalam bidang perkhidmatan logistik dan pengangkutan.

Majlis pelancaran pusat 3S itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama dan Pengarah Eksekutif Truck Solutions Sdn Bhd, disaksikan oleh ahli pengurusan kedua-dua syarikat.
 

Hino


Bercakap mengenai pelancaran pusat 3S ini, Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama berkata , “Pelabuhan Klang merupakan lokasi yang disenaraikan sebagai kawasan sasaran kami kerana ia merupakan laluan untuk perkhidmatan import dan eksport utama di Malaysia dan terdapat bilangan tinggi trak yang keluar masuk dari kawasan ini.Kami melihat keperluan untuk mewujudkan pusat 3S atau pusat sehenti untuk menyokong pelanggan serta memastikan kualiti produk Hino dan menjanjikan bekalan alat ganti tulen”.

Fasiliti pusat 3S yang baharu ini dilengkapi dengan 27 ruang servis termasuk 10 ruang untuk treler yang boleh memuatkan treler sepanjang 20 kaki dan 40 kaki, serta 2 ruang tayar yang menyediakan servis berkaitan tayar.

Selain kawasan ruangnya yang mempunyai keluasan sehingga 1.5 ekar, pelanggan yang menunggu juga boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan seperti ruang istirahat yang selesa,perkhidmatan Wi-Fi percuma serta makanan dan minuman percuma.

Terletak di Lot 148, Jalan Sungai Penang 4/8, Taman Perindustrian Indah, 42920 Pulau Indah, Selangor, Pusat 3S ini dibuka Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian 03-3101 5101. 

Penulis: Ahmad Danial Yasin
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Dua outlet tersebut terdiri daripada UP Service Center Sdn Bhd (UP Service) yang terletak di…