Hino Malaysia perkenal program jaminan baharu 5 tahun/500 ribu km

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan program jaminan baharu yang dipertingkatkan, dengan menawarkan waranti ke atas casis dan trenkuasa selama lima tahun atau jarak perbatuan sehingga 500,000 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Hino Malaysia, jaminan ini tertakluk kepada model HINO 500 Series, trak tugas berat sederhana (MHCV) dan prime mover tidak termasuk mixer, tipper dan compactor.

Berbanding penawaran terdahulu yang terdiri daripada jaminan 1 tahun/jarak perbatuan tanpa had untuk casis, dan 2 tahun/200,000 km untuk trenkuasa, jaminan terbaharu 5 tahun/500,000 km merupakan penawaran yang tertinggi di dalam pasaran.

HMSM yakin penawaran jaminan terbaharu ini mampu memberikan sokongan yang terbaik kepada para pelanggan mereka, selari dengan apa yang ditawarkan oleh Hino QDR (Kualiti, Ketahanan dan Kebolehpercayaan).

Selain daripada itu, sistem telematik HINO Connect yang pernah ditawarkan pada HINO 300 Series diperluaskan penggunaannya kepada model 500 Series dengan tempoh sehingga lima tahun langganan percuma, termasuklah pemasangan peranti secara percuma.
 

HINO waranti


HINO Connect merupakan servis telematik yang mampu memberikan akses kepada data-data kenderaan seperti penggunaan bahan api, posisi fleet, perancangan servis penyelenggaran dan reviu prestasi pemanduan yang membolehkan pengendali/pelanggan mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan produktiviti.

Datang dengan skrin bersaiz tujuh inci, HINO Connect juga direka untuk meningkatkan tahap keselamatan dan sekuriti menerusi sistem pemantauan pencuri dan bantuan pusat panggilan 24 jam sehari.

Program Servis Percuma (FSP) pula memberikan sokongan selepas jualan terbaik yang terdiri daripada tiga kali servis percuma yang turut merangkumi kos buruh, alat ganti dan pelincir.

Menerusi tiga tawaran terbaharu ini, HMSM percaya ia mampu mendorong perubahan ke arah sistem pengangkuan yang lebih lestari dalam mencipta 'Transporting Every Happiness' untuk perniagaan, masyarakat dan persekitaran.

Menurut Atsushi Uchiyama selaku pengarah urusan HMSM, "program jaminan yang dipertingkatkan oleh HINO Malaysia bersama-sama HINO Connect direka untuk menawarkan ketenangan minda kepada pengendali trak, serta mengurangkan kos operasi untuk ekonomi operasi keseluruhan yang lebih baik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…