Hino Malaysia serah 32 unit bas midi kepada MARA

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menyerahkan 32 unit bas midi HINO XZU720R-HKFRL1 kepada pelanggan setia mereka, Majlis Amanah Raya (MARA).

Majlis penyerahan itu diadakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Direktori Pelaburan yang diinisiatifkan oleh MARA.

MARA memperuntukkan 32 unit bas midi HINO bagi memberikan perkhidmatan pengangkutan di kawasan luar bandar di Semenanjug Malaysia, selari dengan matlamat MARA dalam menawarkan perkhidmatan dan fasiliti pengangkutan awam terbaik.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh tetamu VIP, YB Dato' Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun selaku pengerusi MARA yang merasmikan majlis tersebut.

 

 


Bas midi HINO dikuasakan oleh enjin yang mampu menghasilkan 156 PS yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, dan dengan dimensi berukuran 8-10 meter ia merupakan pilihan yang tepat untuk sistem pengangkutan awam di kawasan luar bandar.

Selain daripada itu, bas midi HINO juga turut dipasang dengan tayar tanpa tiub dengan ciri yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api, serta ciri keselamatan yang mampu mengelakkan daripada tayar kekurangan tekanan dengan segera di dalam situasi tayar pancit.

Selari dengan peraturan United Nations Regulation (UNR) yang ditetapkan oleh JPJ, bas midi HINO ini didatangkan dengan Energy Absorbing Steering Wheel dan Speed Limiter yang dihadkan kepada 100 km/j.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama strategik antara HINO dan MARA ini bertujuan untuk membangunkan tenaga mahir tempatan…
Berita Domestik
Boleh didapati di seluruh negara, bantuan tersebut merangkumi pemeriksaan percuma, diskaun sehingga…
Berita Domestik
Menurut Hino Malaysia, jaminan ini tertakluk kepada model HINO 500 Series, trak tugas berat…