HINO, MARA jalin kerjasama strategik bangunkan tenaga mahir tempatan

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meneroka strategi memacu pembangunan bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan di dalam industri automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerjasama strategik antara HINO dan MARA ini bertujuan untuk membangunkan tenaga mahir tempatan khususnya di dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) kenderaan komersial.

Selain menawarkan latihan dan kelas kepada para graduan MARA, HINO juga akan turut sama menjalankan kolaborasi kajian dan penyelidikan (R&D) bagi memacu pertumbuhan industri automotif dan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan teknologi.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama dan Ketua Pengarah MARA, Dato' Azhar Abdul Manaf, serta disaksikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah dan Pengarah HINO, Ahmad Yasmin Yahya.

Menurut Azizah, "Kolaborasi ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada MARA dan HINO, malah ia membantu meningkatkan lagi penglibatan Bumiputera di dalam industri automotif, khususnya di dalam MRO.

"MARA telah menjadi pelanggan setia kami sejak penubuhan HINO di Malaysia pada tahun 1977. Hubungan yang terjalin ini memberikan pelbagai peluang perniagaan antara HINO dan MARA, khususnya di dalam pembangunan bidang automotif dan penambahbaikan perkhidmatan jaringan bas," ujar Atsushi Uchiyama.

"Kami amat berbesar hati dengan kolaborasi ini bagi membuka lebih banyak peluang dan potensi di dalam industri automotif Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar," tambahnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…