Hino Motors lancar pusat servis bas HASO di Kajang

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan pusat servis bas terbaharu Hino Approved Service Outlet (HASO) menerusi kerjasama dengan salah satu pemain industri utama, Terus Maju Services Sdn Bhd (TMS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TMS merupakan penyedia perkhidmatan servis bas sehenti yang disokong oleh pasukan teknikal pengeluaran bas yang telah beroperasi sejak dari tahun 1990 lagi.

Kolaborasi ini bakal menyaksikan pengembangan keupayaan bagi kedua-dua belah pihak, di mana HINO boleh meluaskan lagi jaringan servisnya sementara TMS pula boleh melengkapkan juruteknik mereka dengan kemahiran professional mengikut standard yang telah ditetapkan oleh HINO, sekaligus meraih keyakinan pelanggan untuk memilih TMS sebagai pusat servis yang diiktiraf.

Majlis pembukaan pusat HASO itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama; Pengarah, Ahmad Yasmin bin Yahya, serta pengurusan tertinggi daripada pihak TMS, iaitu Pengarah Urusannya Loo Kok Seong dan Pengarah Eksekutif Loo Kiat Keong.
 

HASO


Selain daripada HASO yang dikendalikan oleh TMS, Hino sebelum ini turut mempunyai dua pusat HASO, satu di Pulau Indah berdekatan dengan Pelabuhan Klang, dan satu lagi terletak di Bandar Muadzam Shah.

Menurut Atsushi Uchiyama, pihak Hino juga kini sedang merancang untuk membuka lebih banyak pusat HASO di negeri-negeri lain pada masa akan datang.

HASO Kajang terletak di alamat No. 29, Jalan P4/9, Bandar Teknologi Kajang dan mempunyai keluasan 13,200 meter persegi, di mana ia dilengkapi dengan tujuh ruang servis, dua ruang cat badan, dan berkeupayaan untuk menyediakan perkhidmatan servis kepada 14 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Selain itu, HASO Kajang ini juga turut mempunyai kelengkapan dan peralatan yang moden, termasuklah sistem diagnostik HINO DX II  yang terkini.

Pusat HASO Kajang ini boleh dihubungi menerusi talian 03-8723 5131.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…