Hino Motors Malaysia lancar trak komersial ringan HINO 300 Series Pro

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) baru-baru ini melancarkan trak HINO 300 Series Pro, sebuah model baharu di dalam kelas Light Commercial Vehicle (LCV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan HINO 300 Series Pro ini hadir dengan tagline 'Built for Ultimate Customer Success', dan selari dengan QDR (Quality, Durability & Reliabitility) yang dipegang oleh Hino Malaysia selama ini.

Generasi terkini HINO 300 Series Pro datang dalam dua segmen, iaitu empat roda dan enam roda, dan perinciannya adalah seperti berikut:

HINO 300 Series Pro (4-Wheeler)
-terdiri daripada tiga varian
-model XZU600 AT hadir dengan transmisi automatik
-enjin Euro-3 menghasilkan 141 PS/402 Nm
-berat kenderaan kasar 5,000 kg

HINO 300 Series Pro (6-Wheeler)
-enam varian ditawarkan, dua daripadanya datang dengan transmisi automatik enam kelajuan
-enjin Euro-3 menghasilkan 156 PS/429 Nm
-dimensi jarak roda belakang lebih lebar, sehingga 1,660 mm (paling lebar dalam segmennya)

 


Kedua-dua versi HINO 300 Series ini mempunyai angka output tertinggi di dalam kelasnya, enjin yang serasi dengan bahan api biodiesel B20, serta nisbah transmisi yang dipertingkatkan memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik terutama ketika kelajuan tinggi.

Antara ciri keselamatan yang didatangkan termasuklah brek ABS, EBD, serta ciri baharu Brake Override System (BOS), di mana ciri ini mempunyai penderia yang mengesan ketika kedua-dua pedal pendikit dan brek ditekan dalam masa yang sama, dan memberikan prioriti kepada fungsi brek terlebih dahulu.

Ciri lain seperti cermin yang menawarkan sudut visual yang lebih besar, side door impact beams, perlindungan front & rear under-run, tali pinggang keledar 3 poin, dan kabin dengan ciri Emergency Guard Impact Safety (EGIS).

 


Dalam memastikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik, HMSM memperkenalkan ciri Hino Connect - peranti telematik pintar baharu bersaiz 7 inci direka untuk menyokong syarikat logistik dalam mmemantau kondisi trak mereka dengan lebih berkesan.

Sistem ini mendorong untuk pemandu mengamalkan pemanduan yang lebih baik, mengurangkan masa waktu henti yang tidak dirancang, selain menawarkan sokongan sekuriti menerusi bantuan pusat panggilan 24 jam dan butang fungsi SOS.

HMSM juga turut menawarkan aplikasi peranti pintar myHINO yang membolehkan pemilik mengakses informasi trak mereka bila-bila masa, selain menawarkan manfaat, ganjaran, dan bantuan dihujung jari.

Selain daripada itu, HMSM dengan bangganya menawarkan kursus latihan kepada para pemandu di Hino Total Support Customer Center (HTSCC) di Sendayan, Negeri Sembilan, sebagai sebahagian daripada sokongan selepas jualan yang menaikkan nilai 'Maximize vehicle uptime, and Minimise vehicle lifetime cost'.

Setiap pembelian HINO 300 Series Pro disekalikan dengan jaminan selama lima tahun, atau jarak perbatuan 300,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…