Hino Poncho - bas mini comel dari Jepun

oleh Mohamad Hanif|

Hino Motors Sales Malaysia Sdn Bhd (HMSM) membawakan sebuah model bas mini dengan spesifikasi lantai yang serba rendah, sesuai untuk kegunaan di dalam bandar dan mesra OKU. 

Digelar sebagai Hino Poncho di Jepun, ia merupakan salah satu produk pengangkutan tempatan yang paling popular di mana terdapat kira-kira 2,500 unit Hino Poncho beroperasi di bandar-bandar Jepun yang sibuk. 


 


Walaupun saiznya lebih kecil (panjang 7 meter sahaja) berbanding bas-bas konvensional yang rata-ratanya berdimensi 10-12 meter panjang, ciri ini menjadikan Hino Poncho mampu dikendalikan di jalan yang sibuk dan sempit. 

Dan dengan ciri lantai bas yang lebih rendah, ia mampu membolehkan pengguna kerusi roda (khususnya OKU dan warga emas) untuk naik turun dari bas dengan mudah. 
 


Dengan pengenalan buat pertama kalinya di Asia Tenggara, HMSM mahu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertama penggunaan bas mini Hino Poncho melihatkan kepada rangkaian pengangkutan awamnya selain dilihat mampu menjadi solusi inovatif kepada sektor pengangkutan awam negara.

Selain daripada Hino Poncho, HMSM turut membawakan barisan produk seperti trak ringan automatik 300 Series dan Prime Mover 700 Series dengan transmisi manual automatik, dan tidak ketinggalan Driver Aptitude Test - ujian pemanduan inovatif berasaskan komputer. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV…
Berita Domestik
TMS merupakan penyedia perkhidmatan servis bas sehenti yang disokong oleh pasukan teknikal…
Berita Domestik
Serahan tersebut terdiri daripada empat unit trak komersial ringan Hino 300 Series Pro XZC730,…