Penganjuran acara ini adalah bertujuan bagi mempromosikan program tersendiri Hino Smart Driving Program di Hino Total Support Customer Center (HTSCC), Sendayan.
Acara yang berlangsung selama dua hari itu (9-10 Oktober) dihadiri seramai 25 orang pemandu trak Hino daripada 13 buah syarikat berentap untuk memperlihatkan skil pemanduan trak yang lebih berkesan.
Di dalam ujian ini, para pemandu akan diuji menerusi beberapa cabaran yang menarik serta merangkumi ujian teori dan praktikal.
Ujian pemanduan pula meliputi tujuh seksyen ujian di atas jalan yang berbeza seperti simpang S, parkir di garaj, crank course, parkir selari, turn-back course, mendaki dan menuruni bukit, serta brek kecemasan di laluan basah.
Sementara pemeriksaan harian pula meliputi aspek seperti enjin, brek, klac, memeriksa kebocoran bendalir, tahap penglihatan, komponen elektrikal serta tayar.
Hino Total Support Customer Centre Sendayan merupakan pusat latihan Hino yang pertama ditubuhkan di luar negara asal Jepun, dan ia bertujuan untuk melatih para pemandu trak Hino di Malaysia yang menyentuh aspek seperti pengendalian, keselamatan, pemeriksaan kenderaan berkala serta pemanduan yang menjimatkan bahan api.
Selari dengan hasrat untuk menguasai pasaran komersil tempatan, Hino Malaysia juga merancang untuk membuka pusat latihan bagi kegunaan kerajaan dan agensi awam.
Jenama Hino berjaya membuktikan reputasi menerusi produk yang berdasarkan QDR (Quality, Durability & Reliability).
Dengan dua tunjang utama "Memaksimumkan Jangka Hayat Kenderaan" dan "Meminimumkan Kos Pemilikan Kenderaan", Hino yakin akan terus menguasai aspek jualan serta servis selepas jualan menerusi pelbagai program yang melibatkan para pelanggannya.
Berikut merupakan senarai pemenang untuk Hino Smart Driving Contest:
Kategori |
Pemenang |
Syarikat |
Teori |
Mohd Zul Amali bin Razali |
GD Express Sdn Bhd |
Skill Pemanduan |
Thinagarau a/l Suthakakarau |
VA Transmover |
Pemeriksaan Harian |
Mohamad Zaidi bin Ibrahim |
Radifleet Sdn Bhd |
Penjimatan bahan api |
Saipul Nizam bin Nasohan |
Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd |
Overall Winner:
|
Pemenang |
Syarikat |
Juara |
Mohd Zul Amali bin Razali |
GD Express Sdn Bhd |
1st Runner Up |
Mohd Faizal Samsaini |
Indah Water Konsortium |
2nd Runner Up |
Mohd Zaidi Ibrahim |
Radifleet Sdn Bhd |