HiPhi X diuji TÜV SÜD, satu lagi kereta elektrik China sasar pasaran Eropah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
HiPhi X
HiPhi X
Jangan main-main dengan pasaran Eropah, nak menjual kereta di sana bukan mudah. Bila berjaya masuk pasaran Eropah, kredibiliti sesebuah jenama akan turut meningkat.

Terbaru, sebuah kereta elektrik dari China diuji oleh TÜV SÜD (Persatuan Pemeriksaan Teknikal Selatan Jerman).

Kereta yang dimaksudkan ialah HiPhi X, SUV super keluaran HiPhi yang merupakan jenama EV mewah dan dimiliki oleh Human Horizons.

Kelulusan TÜV SÜD adalah langkah pertama buat HiPhi untuk menjual kereta di Eropah.
AION MREC Banner Campaign May 2024
HiPhi X

 

Ibu pejabat HiPhi terletak di Shanghai dan selain China, syarikat mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan di Jepun dan pusat operasi di Jerman.

HiPhi X digerakkan dua motor 220kW di depan dan belakang dan tangkas memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.9 saat.

Pek bateri 97kWj membekalkan tenaga untuk dipandu sehingga 650 kilometer (model Extended Range) mengikut standard CLTC (China Light-Duty Test Cycle).

Di antara ciri canggih pada HiPhi X ialah lampu depan PML (Programmable Matrix Lighting) yang boleh menayangkan imej atau animasi! 

 

HiPhi X

 

Satu lagi ciri canggih dan menyerlah ialah bukaan sebahagian pintu ke atas dan sistem pintu automatik pintar tanpa pembuka pintu dan silinder kunci mekanikal.

Pada bahagian dalam, pemandu dan penumpang dihiburkan sistem audio Meridian dengan 17 pembesar suara dan menariknya sistem wangian pintar boleh suai.

Penumpang depan diberikan skrin hiburan 19.9 inci dan skrin sentuh lapan inci definisi tinggi pada bahagian belakang untuk versi empat penumpang.

Konfigurasi mewah itu turut didatangkan dengan peti sejuk pintar dan kerusi boleh laras seperti kapal terbang. Pelanggan juga diberi pilihan enam kerusi.

 

HiPhi X

 

Kelulusan kenderaan dan proses homologasi yang dijalankan TÜV SÜD memastikan HiPhi X patuh kepada standard dan peraturan Eropah.

Skop penilaian merangkumi analisis sistem pengurusan bateri, kawalan casis, brek, stereng dan sistem aktif seperti bantuan parkir dan kawalan jelajah bantuan radar.

TÜV SÜD turut melakukan ujian kesesuaian elektromagnetik (EMC) bagi memastikan HiPhi X dan komponen voltan tinggi tidak menganggu persekitaran secara berlebihan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun kali ini, pengeluar automotif China Human Horizons mengemukakan saman terhadap Renault dan…
Berita Global
Ciri ini apabila digunakan pada kereta sports seperti 300SL, DMC DeLorean, serta Autozam AZ-1 (…