Hisap vape di Thailand boleh didenda sehingga RM64,000

oleh HEZERI SAMSURI|
Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla telah melancarkan kempen kesedaran untuk pelancong-pelancong Malaysia yang berkunjung ke Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kempen itu, ada lima peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia yang ke sana.

1. Jangan menghisap rokok elektronik atau vape
Jika engkar, hukumannya ialah penjara tidak lebih dari 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000)

2. Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk ke Thailand
Jika sabit kesalahan, penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.

3. Menggunakan walkie-talkie yang diharamkan
Walkie-talkie dari Malaysia tidak mengikuti piawaian Thailand dan diharamkan penggunaannya di sana.
Jika engkar, hukuman yang menanti ialah penjara tidak lebih dari lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya sekali.

4. Insurans perlindungan kenderaan
Sangat digalakkan pembeliannya untuk melindungi kenderaan sendiri dan kenderaan lain yang terbabit.

5. Merokok di pantai-pantai popular
Ada 26 pantai popular yang telah digazetkan oleh kerajaan Thailand sebagai kawasan larangan merokok.
Jika sabit kesalahan, penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar, memang terdapat kes-kesyang melanggar kelima-lima isu tersebut dan pihak konsul ada membantu.

"Jumlah kes tersebut tidak begitu membimbangkan," ujar beliau.

* Laporan asal dari utusan.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu…
Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…