Hitachi intai pasaran kereta api Malaysia, Singapura

oleh Firdaus Razani|
Hitachi, syarikat Jepun menyasarkan untuk membuat gerakan yang lebih besar dalam pasaran kereta api Asia berikutan pengambilalihan pada 31 Mei perniagaan kereta api syarikat aeroangkasa Perancis Thales Group.

Syarikat turut memandang China kini antara nama besar sebagai pembekal infrastruktur.

Hitachi, yang juga merupakan pengeluar bullet train Shinkansen Jepun, telah memasuki pasaran global melalui beberapa siri pembelian, termasuk pembuat kereta rel AnsaldoBreda dan pembuat isyarat STS.

 

hitachi
Bullet train Shinkansen

 

Kedua-duanya sebelum ini dimiliki oleh Finmeccanica Itali, pada 2015, dan perniagaan isyarat Thales.

Pengambilalihan oleh konglomerat perindustrian Jepun itu membolehkan ia menawarkan pakej lengkap meliputi stok rolling, isyarat, sistem tiket dan perkhidmatan digital, kata Giuseppe Marino, ketua perniagaan sistem kereta api Hitachi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitachi Rail.

Walaupun Hitachi sudah mempunyai kehadiran yang kukuh di Jepun, U.K. dan Itali.

Tambahan, perniagaan Thales, GTS, memberikan akses kepada pasaran lain seperti Perancis, Jerman, Kanada, serta negara lain di Asia seperti Singapura dan Malaysia.

Pengambilalihan itu juga akan menambah kira-kira 160 pekerja di Singapura, dan Malaysia.

"Singapura telah menjadi sangat penting selama bertahun-tahun. Kami melihatnya sebagai pasaran yang sangat, sangat penting. Kami juga melihat Malaysia berkembang dengan agak meluas," kata Marino.

GTS telah dibentuk melalui beberapa siri penggabungan antara syarikat Perancis, Jerman dan Kanada.

Pengambilalihan GTS Hitachi adalah yang terbaharu dalam siri penggabungan dalam industri rel yang semakin pesat.

Di China, dua pembuat kereta api telah digabungkan untuk mencipta CRRC, pembuat kereta api terbesar di dunia.

Di Asia Tenggara, Hitachi menghadapi persaingan dari China. Beijing telah membangunkan sistem kereta api berkelajuan tinggi untuk Indonesia dan sedang membina satu di Thailand.

CRRC milik kerajaan juga antara syarikat yang menunjukkan minat untuk membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura.

 

Berita penuh di Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Akibat yang tidak diingini juga telah merebak ke rantaian bekalan, di mana sekurang-kurangnya…
Berita Global
Syarikat itu menyasarkan untuk meletakkan Kyushu, yang menempatkan banyak kilang auto dan…
Berita Global
Keuntungan operasi kumpulan mencecah 995 juta yen (AS$6.4 juta) untuk suku tersebut, menurut…