HLYM adakan sambutan Jubli Perak bagi acara tahunan Kempen Keselamatan ke-25

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DTAC), UiTM Shah Alam, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan kerjasama Malaysia Motorcycle Scooter Dealers Association (MMSDA) telah menyambut ulang tahun ke-25 bagi acara tahunan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sempena dengan musim perayaan yang akan tiba, kempen itu dianjurkan bagi bagi memperkasakan penunggang motosikal dalam Malaysia untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat.

Kempen tersebut telah bermula pada 8 April 2023, dimana UiTM Shah Alam menjadi lokasi permulaan, dan akan diteruskan di tiga universiti tempatan terkemuka lain bersama lebih daripada 200 pengedar Yamaha sehingga 19 April 2023.

Majlis pelancaran kempen yang ke-25 itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.

 

3

 

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd (HLI), Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei berkongsi bahawa kempen itu kekal penting dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia.

Menurut beliau, Indeks Kematian Jalan Raya Malaysia telah menurun tahun ke tahun kepada 1.97 kematian setiap
10,000 kenderaan berdaftar pada 2019 daripada 3.4 kematian tertinggi pada 2010.

Kematian jalan raya tertinggi dalam tempoh yang sama melibatkan penunggang motosikal sebanyak 59% (Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2023).

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung adalah kempen keselamatan jalan raya tahunan yang paling lama dijalankan dengan kerjasama pengedar motosikal dalam industri motosikal.

 

2

 

Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, terutamanya semasa tempoh lalu lintas puncak seperti musim perayaan, dengan menekankan kepentingan penyelenggaraan kenderaan yang betul, mematuhi had laju dan teknik menunggang selamat.

Seperti tahun sebelumnya, kempen tahun ini turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti kursus menunggang keselamatan, tunggangan uji dan pemeriksaan motosikal percuma.

Selain itu, sepanjang tempoh kempen, lebih daripada 200 pusat Perkhidmatan Kualiti Yamaha (YQS) akan menawarkan perkhidmatan servis motosikal percuma untuk 48 pelanggan terawal.

Sempena kempen yang ke-25 itu juga, pelanggan yang menghantar motosikal mereka untuk perkhidmatan percuma itu akan berpeluang untuk menyertai peraduan cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah utama Yamaha EZ115.

 

4

 

Berikut merupakan lokasi dan tarikh sepanjang tempoh Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung:

  • Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor (10 April 2023/ 9 pagi - 3 petang)
  • Universiti Teknologi Petronas, Perak (12 April/ 9 pagi - 2 petang)
  • Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah (13 April/ 9 pagi - 3 petang)
  • Pusat YQS seluruh Malaysia (13 - 15 April/ 10 pagi - 5 petang)

Acara bagi cabutan bertuah pula akan diadakan pada 17 hingga 19 April melalui Facebook dan Instagram Yamaha Motor Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…