HLYM lancarkan minggu kempen keselamatan jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
Pada 3 Disember, bertempat di Sibu, Sarawak, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Minggu Kempen Keselamatan Jalan Raya mereka yang pertama melalui program jangkauan komunitinya iaitu "Yamaha Road Safety Warrior".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertemakan “Pulang Selamat, Keluargamu Menanti”, kempen itu dianjurkan bersama Persatuan Motosikal & Basikal Wilayah Tengah Sarawak. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya  dalam kalangan masyarakat sebagai usaha meminimumkan kemalangan.

 

hlym

 

Kempen itu selaras dengan Matlamat HLYM untuk mengutamakan keselamatan jalan raya di kalangan pelanggan mereka dan juga masyarakat.

Kempen itu menawarkan pelbagai faedah, antaranya pemeriksaan keselamatan 8 bahagian percuma untuk semua motosikal dan nasihat percuma mengenai penyelenggaraan berkala untuk penunggang motosikal.

Selain itu, 300 pengunjung terawal akan menerima topi keledar dengan kelulusan SIRIM tajaan Aeon Credit dan KHI Helmets Industries Sdn Bhd, serta t-shirt YRSW ditaja oleh Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan HLYM dan sarung tangan menunggang oleh Racing Boy (RCB).

 

hlym

 

Antara aktiviti yang diadakan pada kempen itu bermula 4 Disember hingga 9 Disember ialah :

Tarikh Hari Program Tempat
3 Disember 2022 Sabtu Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan pemeriksaan motosikal percuma Sibu Gateway, Sibu
4 Disember 2022 Ahad Kursus latihan keselamatan menunggang (SRTC) Institut Methodist Pilley, Sibu
5 Disember 2022 Isnin Yamaha Safe Riding Science (YSRS) untuk kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Sibu
5-9 Disember 2022 Isnin - Jumaat Kempen servis percuma Pengedar Sah Yamaha Timur  Malaysia


Pelancaran kempen itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Michael Tiang Ming Tee. Kempen itu turut disokong oleh rangkaian pengedar sah HLYM di Timur Malaysia.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…