HLYM panggil semula model YZF-R25, MT-25 untuk pemeriksaan hos brek

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka mengumumkan kempen panggil semula melibatkan model-model YZF-R25 dan MT-25 yang diproduksikan antara September 2022 hingga Mac 2023.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS) sama ada ia mengikuti spesifikasi piawai yang telah ditetapkan ataupun tidak.

Para pemilik model yang disebutkan itu boleh terus melayari laman web khas HLYM di SINI untuk memeriksa nombor kerangka bagi memastikan jentera anda terlibat dalam kempen terbaharu ini.
 

Yamaha


Notis peringatan akan dihantar kepada para pemilik yang terjejas bermula minggu kedua Mei 2023, dan mereka disarankan untuk terus menghubungi pusat pengedar atau pusat servis yang berdaftar untuk membuat temu janji.

Para pemilik motosikal YZF-R25 dan MT-25 masih lagi boleh terus menunggang motosikal masing-masing, namun mereka boleh terus menghantar ke pusat servis sekiranya mendapati ia tidak selamat untuk ditunggang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, General Motors kini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 10,825 kabel…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan, para jurutera Nissan menemukan kelemahan pada…