Honda Accord 2024 dilancar di Jepun, tiada turbo, 2.0 liter hibrid (e:HEV) sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Accord 2024
Honda Accord 2024
Pelancaran sesebuah model tidak semestinya mengikut negara asal pengeluar.

Sebagai contoh Honda Accord generasi kesebelas dilancar secara rasmi di Jepun pada 8 Mac atau terkemudian daripada Amerika Utara, China dan Timur Tengah.

Sejak generasi pertama diperkenal pada 1976, boleh dilihat bagaimana Accord berkembang dari segi gaya badan sehingga teknologi.

Model terbaru membawa gaya kemas tanpa lekukan badan dramatik. Satu yang menarik ialah, lebar dan tinggi kekal seperti sebelum ini iaitu 1,860 milimeter (mm) dan 1,450 mm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Accord 2024

 

Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh ukuran yang bertambah 75 mm kepada 4,975 mm.

Rekaan bonet juga panjang ke depan manakala lampu besar LED yang nipis dan lampu belakang sebaris menonjolkan imej yang lebar.

Pada bahagian dalam, papan pemuka direka kemas dan selari untuk mendapatkan ruang pandangan yang membolehkan tumpuan diberi pada pemanduan.

Honda menggunakan bahan lembut pada bahagian yang kerap disentuh dan memberikan rasa bermutu tinggi. Tema gelap diimbangi lampu suasana LED dengan tujuh pilihan warna.

 

Honda Accord 2024

 

Pemandu diberi skrin digital 10.2 inci dan papar pandu (HUD) dengan saiz bersamaan 11.5 inci. Paparan Honda CONNECT di tengah berukuran 12.3 inci. 

Accord merupakan model Honda pertama di Jepun dilengkapi tombol Experience Selection Dial bagi mengawal penyaman udara, bunyi, warna lampu dan pelbagai lagi.

Tidak seperti pasaran lain yang menerima enjin 1.5 liter turbo dan 2.0 liter hibrid, pelanggan di Jepun hanya mempunyai pilihan tunggal hibrid e:HEV.

Enjin 2.0 liter kitaran Atkinson menghasilkan 147 ps pada 6,100 rpm dan tork 182Nm pada 4,500 rpm.

 

Honda Accord 2024

 

Motor elektrik berkuasa 184 ps (135kW) dari 5,000 sehingga 8,000 rpm dan tork 335Nm dari 0 sehingga 2,000 rpm. 

Turut dilengkapi mod pemanduan ECON, COMFORT, NORMAL, SPORT atau INDIVIDUAL sekiranya pemandu ingin membuat tetapan sendiri.

Satu lagi ciri pada Accord baharu ialah tahap nyah pecut dinaikkan kepada enam berbanding empat sebelum ini.

Julat yang lebih luas membolehkan hanya pendikit kuasa digunakan untuk memecut dan nyah pecut. 

 

Honda Accord 2024

 

Accord juga model Honda pertama di Jepun dilengkapi Sistem Pengurusan Pergerakan yang baru dibangunkan.

Teknologi kawalan beban depan baharu ditambah pada sistem kawalan elektronik Bantuan Pengendalian Lincah bagi melancarkan karakter kereta semasa melalui selekoh.

Ada lagi yang pertama untuk sebuah kenderaan Honda di Jepun iaitu sistem bantuan pemanduan Honda SENSING 360.

Selain kamera depan dengan sudut melintang sekitar 100 darjah, sistem terbaru ini dilengkapi lima unit radar gelombang milimeter pada setiap sudut depan dan belakang kereta.

 

Honda Accord 2024

 

Penambahan penderia membolehkan cerapan dibuat pada sekeliling kereta.

Fungsi Honda Sensing juga bertambah tiga iaitu Amaran Lintasan Kenderaan Depan (kanan dan kiri), Pencegahan Pelanggaran Penukaran Lorong dan Bantuan Penukaran Lorong. 

Berkenaan harga, Honda Accord e:HEV dijual pada 5,449,400 yen (RM172,835).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Accord 2024