Sebelum dibawa ke BIMS 40, Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. pada 20 Mac 2019 mengesahkan pelancaran Accord dan varian yang bakal ditawarkan.
Menarik tentang Accord baharu ini ialah dua nadi kuasa yang ditawarkan iaitu 1.5L Di VTEC TURBO 190 dan Sport Hybrid i-MMD. Honda Accord sebelum ini ditawarkan dengan enjin 2.0 i-VTEC dan 2.4 i-VTEC.
Selain itu tiada lagi transmisi automatik seperti biasa yang digantikan dengan transmisi CVT.
Berikut ialah ciri-ciri Honda Accord generasi kesepuluh pasaran Thailand:
- Enjin 1.5L Di VTEC TURBO mempunyai kuasa 190 PS dengan tork 243 Nm (Di merujuk kepada Suntikan Terus/ Direct Injection)
- Enjin 'kecil' ini jimat dengan penggunaan minyak 16.4 km/liter dan lebih baik berbanding enjin 2.0L sebelumnya
- Turut serasi dengan minyak E85 (Ethanol) di Thailand
- Model Sport Hybrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD) menggunakan enjin 2.0L DOHC i-VTEC dengan dua motor elektrik
- Enjin hibrid berkuasa 215 PS ini mempunyai pelbagai mod pemanduan iaitu EV, Hybrid dan Engine
- Pemanduaan lebih sporti dicapai melalui mod Sport pada butang di konsol tengah
- Penggunaan minyak hanya 24.4 km/liter
- Teknologi Honda SENSING yang merangkumi Collision Mitigation Braking System (CMBS), Adaptive Cruise Control with Low-Speed Follow (ACC with LSF), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System with Lane Departure Warning (RDM with LDW) dan Auto High-Beam (AHB)
- Teknologi pintar lain ialah Cross Traffic Monitor (CTM) yang memberi amaran kepada pemandu melalui bunyi dan paparan anak panah apabila terdapat kenderaan menghampiri pada bahagian belakang kiri atau kanan
- Multi-View Camera System (MVCS) pula memberikan pemandangan lebih luas menggunakan empat buah kamera iaitu pada bahagian depan, kanan, kiri dan belakang
- Honda Smart Parking Assist System memudahkan pemandu apabila mampu mengawal stereng secara automatik untuk parkir sisi atau undur
- Varian turbo dilengkapi roda aloi 17 inci manakala varian hibrid berukuran 18 inci
- Bahagian dalaman dilengkapi Head-Up Display (HUD) , meter pemandu TFT 7 inci, panel instrumen 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan sokongan arahan suara SIRI, pengecas tanpa wayar dan kawalan jauh penghidup enjin
- Lima warna pilihan iaitu Platinum White (Pearl), Crystal Black (Pearl), Lunar Silver (Metallic), dan Modern Steel Gray (Metallic)
- Tiga warna interior iaitu ivory beige, hitam dan coklat (HYBRID TECH)
Berikut pula ialah harga anggaran mengikut varian:
- HYBRID TECH: tidak lebih 1,800,000 baht (RM 230,539)
- HYBRID: tidak lebih 1,650,000 baht (RM 211,327)
- TURBO EL: tidak lebih 1,500,000 baht (RM 192,101)
*1 THB = RM 0.128
Kepada yang tertanya mengapa harga Honda Accord ini tampak premium berbanding Accord generasi kesembilan pasaran tempatan, jawapannya ialah nilai matawang Thailand yang tinggi dan juga dasar percukaian walaupun untuk pemasangan domestik.
Model lain seperti Toyota Camry dan Nissan Teana turut berada dalam kategori premium dengan harga permulaan masing-masing daripada RM 210,000 dan RM 169,000.
Penulis: Muhammad Md Tajudin