Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+ untuk Jepun, Honda Sensing lebih canggih!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+
Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+
Honda memperkenalkan Accord e:HEV Honda SENSING 360+ untuk pasaran Jepun dengan sistem bantuan pemanduan yang lebih canggih.

Model ini menampilkan kemasan luaran eksklusif seperti cermin sisi hitam dan rim aluminium Berlina Black

Bahagian dalaman menggabungkan warna putih dan hitam dengan tempat duduk berbalut kulit premium bagi menambah keselesaan serta gaya mewah.

Sebagai model pertama di Jepun dengan Honda SENSING 360+, Accord ini dilengkapi ciri keselamatan canggih berasaskan sistem pemanduan semua arah (omnidirectional).

Di antaranya bantuan pemanduan bebas tangan, bantuan penukaran lorong dan tindak balas kecemasan pemandu.
Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+

 

Accord e:HEV Honda SENSING 360+ 

Keistimewaan sistem terbaru ini terletak pada cerapan semua arah dan pemanduan bebas tangan.

1. Honda SENSING 360+

  • Sistem keselamatan semua arah serta membantu mengesan titik buta di sekitar kenderaan dan mengurangkan beban pemandu.
  • Fungsi bantuan pemanduan lorong dengan fungsi bebas tangan.
  • Bantuan penukaran lorong jenis cadangan, amaran selekoh, amaran kenderaan menghampiri serta sistem tindak balas kecemasan pemandu.

2. Kamera Pemantauan Pemandu & Penderia Pegangan Tangan

  • Kamera pemantauan pemandu dengan cahaya inframerah mampu mengesan pergerakan mata dan muka pemandu.
  • Penderia pegangan tangan pada stereng mengesan sama ada pemandu memegang stereng atau tidak.
  • Sistem ini berfungsi untuk memastikan pemandu sentiasa bersedia mengawal kenderaan.

3. Fungsi Pemanduan Bebas Tangan (Hands-Off)

  • Berfungsi di lebuh raya apabila Kawalan Suai Pandu (ACC) dan Sistem Bantuan Penukaran Lorong (LKAS) dihidupkan.
  • Sistem boleh menentukan kedudukan kenderaan dan mendapatkan maklumat jalan raya untuk membolehkan pemanduan tanpa memegang stereng dalam keadaan tertentu.

4. Sistem Bantuan Penukaran Lorong

  • Sistem ini mencadangkan pertukaran lorong jika keadaan sesuai.
  • Jika pemandu menerima cadangan, sistem akan menyokong operasi lampu isyarat, kawalan pecutan dan stereng.
  • Jika destinasi telah ditetapkan dalam navigasi, sistem boleh membantu mengubah lorong untuk keluar dari lebuh raya.

5. Amaran Keluar Lorong di Selekoh

  • Apabila kenderaan berada di lebuh raya atau jalan ekspres tertentu dan berisiko memasuki selekoh pada kelajuan tinggi, sistem akan membantu mencegah kenderaan daripada terbabas dengan memberikan amaran bunyi berdasarkan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan dan melaksanakan pengurangan kelajuan dalam dua peringkat.

6. Amaran Kenderaan Mendekati Semasa Berhenti

  • Ketika kenderaan berhenti, sistem mengesan kenderaan, motosikal atau basikal yang menghampiri dan memberikan amaran kepada pemandu.

7. Sistem Tindak Balas Kecemasan Pemandu

  • Jika pemandu mengalami kecemasan kesihatan, sistem akan mengaktifkan lampu kecemasan dan memperlahankan kenderaan dalam lorong yang sama.
  • Sistem akan menghubungkan pemandu dengan pusat sokongan kecemasan (pilihan).
Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+

 

Ciri-Ciri Standard Honda SENSING 360 untuk Semua Varian Accord

Sistem Honda SENSING 360+ lebih canggih daripada Honda SENSING 360 dan berikut sistem asas untuk Accord pasaran Jepun.

  • Amaran Kenderaan Melintas di Hadapan
  • Fungsi Pencegahan Perlanggaran Ketika Menukar Lorong 
  • Bantuan Penukaran Lorong 
  • Sistem Brek Pengelakan Perlanggaran
  • Fungsi Pencegahan Tersalah Tekan Injak (False Start Prevention Function)
  • Fungsi Pencegahan Pencegahan Tersalah Tekan Injak Belakang (Rear False Start Prevention Function)
  • Brek Pengelakan Perlanggaran Jarak Dekat
  • Stereng Pengurangan Kemalangan Pejalan Kaki
  • Fungsi Pencegahan Keluar Laluan 
  • Kawalan Suai Pandu dengan Fungsi Ikut Kesesakan
  • Sistem Bantuan Pengkekalan Lorong
  • Bantuan Pemanduan dalam Kesesakan 
  • Fungsi Pemberitahuan Kenderaan Hadapan Bergerak 
  • Fungsi Pengecaman Isyarat Jalan Raya 
  • Lampu Pemanduan Boleh Suai
  • Maklumat Titik Buta 
  • Bantuan Keluar Parkir
  • Sistem Penderia Parkir
  • Honda Parking Pilot
  • Fungsi Sekatan Pecutan Mengejut
Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+

 

Perkakasan Eksklusif e:HEV Honda SENSING 360+

  • Honda SENSING 360+
  • Rim aluminium 18 inci dengan pengurangan bunyi
  • Cermin sisi hitam boleh lipat elektrik dengan kawalan jauh
  • Warna dalaman khas (putih/hitam) [bumbung dan tiang dalaman berwarna hitam]

Perkakasan Standard Semua Varian Accord

  • Sistem kamera pelbagai sudut
  • Papar Pandu 11.5 inci
  • Lampu LED aktif di selekoh
  • Sistem beg udara SRS lutut untuk pemandu dan penumpang
  • Mod pemanduan (INDIVIDUAL, SPORT, NORMAL, COMFORT, ECON)
  • Mod EV (AUTO, EV, CHARGE)
  • Sistem audio premium BOSE (12 pembesar suara)
  • Meter digital grafik 10.2 inci
  • Pengecas tanpa wayar
  • Penyaman udara automatik berkembar pintar (kawalan GPS, bias pancaran matahari, Plasmacluster)
  • Kerusi kuasa 8 arah (pemandu dan penumpang)
  • Dalaman kulit lembut
  • Lampu suasana LED
  • Pemilih nyahpecutan

Untuk warna, Honda menawarkan sejumlah pilihan seperti Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl, Ignite Red Metallic dan Canyon River Blue Metallic.

Honda Accord  e:HEV Honda SENSING 360+ dijadual untuk dilancarkan di Jepun pada awal musim panas 2025.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Accord e:HEV Honda SENSING 360+