Honda Accord RS e:HEV rasmi di Indonesia, nadi 2.0 liter hibrid, 207 PS, dari RM289k

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model yang tidak akan dilancarkan di Malaysia kini secara rasmi dijual di pasaran negara jiran Indonesia, iaitu sedan segmen D Honda Accord generasi ke-11.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Honda Prospect Motor, dengan penawaran spesifikasi tunggal Accord RS e:HEV.
 

accord


Ini bermakna, Honda Accord 2024 tidak lagi dibekalkan dengan enjin 1.5 liter turbo, sebaliknya hadir dengan nadi hibrid 2.0 liter e:HEV berkuasa 207 PS, terdiri daripada enjin 2.0 liter (145 PS/179 Nm) dan motor elektrik (184 PS/335 Nm) yang dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Sama seperti mana-mana model e:HEV, Accord RS e:HEV turut mempunyai empat mod pemanduan (Normal, Sport, ECON, Individual), serta tiga mod operasi hibrid (Auto, EV, Charge).
 

accord


Penampilan luaran Accord RS e:HEV diserikan dengan kit aero eksklusif untuk varian RS, diikuti bumbung panorama, sistem pencahayaan LED penuh, rim aloi sporti bersaiz 18 inci, serta fungsi lampu membelok sekuential depan dan belakang.

Untuk ruang kabin, susun atur papan pemuka Accord kini lebih minimalis mengikut pendekatan yang dibuat pada Honda Civic, selain dilengkapi ciri seperti skrin kluster TFT 10.2 inci, skrin paparan head-up 11.5 inci, serta skrin tengah Display Audio 12.3 inci yang lengkap dengan fungsi Google terbina.
 

rs


Gugusan butang kawalan iklim telah diringkaskan, di mana dial pemilihan menu di tengah mempunyai skrin paparan bulat yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pemandu.

Ciri lain yang dimuatkan termasuklah sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, roda stereng balutan kulit, tempat duduk pemandu boleh laras lapan tahap dengan fungsi memori dan sokongan tulang belakang, serta sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, serta slot pengecasan USB-C.
 

RS


Pemilik Accord juga kini boleh menggunakan aplikasi Honda CONNECT serta kunci digital pada kereta sedan mereka.

Secara standard, Honda Accord RS e:HEV hadir dengan kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Low Speed Follow (LSF), Bantuan Suluhan Tinggi Automatik dan Adaptif (AHB & ADB), Sistem Migitasi Keluar Jalan (RDM), Sistem Notifikasi Pergerakan Kenderaan Depan (LCDN), dan Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS).
 

RS


Untuk pasaran Indonesia, Honda Accord RS e:HEV dijual pada harga bermula dari Rp 959,900,000 (RM288,946).