Dimensi badan juga tidak sama dengan ADV 160 berukuran 1,950 mm panjang dan 1,195 mm tinggi berbanding 1,960 mm dan 1,150 mm pada ADV 150.
Lebar dan jarak roda kekal sama iaitu 760 mm dan 1,325 mm.
Selain itu, kapasiti bawah pelana ADV 160 dinaikkan dua liter kepada 30 liter dan berat bertambah dua kilogram (kg) daripada 134 kg.
Dari kesemua ciri baharu tersebut perubahan paling besar pastinya enjin 156 cc berbanding enjin 149 cc sebelum ini.
Enjin KF54E dengan sistem pancitan PGM-FI menghasilkan 15.8 kuasa kuda (hp) pada 8,500 rpm dan daya kilas 15Nm pada 6,500 rpm dan mematuhi Piawaian Emisi Jepun 2020.
Enjin itu sedikit bertenaga berbanding unit KF38E pada ADV 150 dengan kuasa 14.8 hp dan daya kilas 14Nm.
Nisbah mampatan pada kedua-dua model juga berbeza dengan ADV 160 pada nisbah 12.0 dan ADV 150 pada nisbah 10.6.
Tangki yang dibekalkan pada ADV 160 mempunyai kapasiti 8.1 liter berbanding 8 liter sebelum ini.
Satu ciri penting dan canggih pada ADV 160 ialah teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan membantu di atas permukaan basah.
Turut dilengkapi sistem brek ABS pada roda depan.
Apa lagi yang berbeza? Meter LCD ADV 160 dibesarkan dan mempunyai paparan seperti takometer dan perubahan pada tolok suhu.
Hendal juga lebih ringkas tanpa paparan indikator dan turut dibekalkan soket USB Jenis A pada kotak simpanan depan.
Ada tiga warna yang ditawarkan iaitu Matte Dahlia Red Metallic, Matte Gunpowder Black Metallic dan Pearl Smokey Gray.
Honda menyasarkan untuk menjual 5,800 unit ADV 160 setahun di Jepun dan skuter yang diimport dari Thailand ini dijual pada harga 473,000 yen (RM15,162.66).
Penulis: Muhammad Md Tajudin