Honda ADV 350 2022 - skuter kembara dengan penggayaan ala X-ADV

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model skuter kembara X-ADV dan versi yang lebih kecil (ADV 150), Honda kini membawakan penawaran sebuah lagi skuter baharu dalam bentuk ADV 350.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dari segi kuasa, ADV 350 hadir dengan enjin silinder tunggal sejukan cecair 330 cc yang mampu menghasilkan 28.8 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 31.5 Nm @ 5,250 rpm, dibantu dengan sistem pancitan bahan api elektronik PGM-FI.
 

ADV


Sebagai sebuah skuter kembara, ADV 350 banyak membawakan persamaan elemen rekaan daripada abangnya X-ADV termasuk unit lampu LED berkembar, kehadiran cermin penghadang angin boleh laras empat cara, serta tayar bersaiz 120/70-15MC di depan dan 140/70-14MC di belakang.

Sistem gantungan terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik 37 mm, penyerap hentak berkembar di belakang, dibantu dengan sistem brek cakera 256 mm depan dan 240 mm belakang, serta sistem ABS dua saluran.
 

ADV


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 11.7 liter, di mana ADV 350 mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api 29.4 km/liter (3.4 liter/100 km).

ADV 350 menawarkan ketinggian pelana 795 mm dengan jarak kelegaan tanah setinggi 145 mm.
 

ADV


Untuk memudahkan penunggang, Honda mendatangkan skrin paparan LCD penuh yang memaparkan bacaan seperti meter perjalanan, kadar penggunaan bahan api, serta jarak perjalanan tersisa. Tidak ketinggalan slot pengecasan USB untuk mengecas peranti pintar ketika dalam perjalanan.

Setakat ini, harga jualan rasmi belum didedahkan oleh pihak Honda.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Skuter dengan enjin eSP (enhanced Smart Power) 4-lejang silinder tunggal SOHC sejukan cecair…
Berita Global
Menjelang akhir November tahun lalu, Honda telah melancarkan sebuah lagi skuter di bawah genre yang…