Honda Australia bakal jual 19 unit Civic Type R Limited Edition guna cabutan undian

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic Type R Limited Edition sudah pun mula dijual di beberapa pasaran global, dan Honda Australia terpaksa memikirkan cara yang sesuai supaya memastikan pembelian hot hatch tersebut 'adil dan saksama'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana, semenjak Honda Civic Type R Limited Edition membuat kemunculan rasmi di peringkat global, laman rasmi Honda Australia mencatatkan lebih 700 orang yang mendaftarkan minat.

Namun, hanya 20 unit sahaja dikhususkan untuk pasaran Down Under, di mana 19 unit akan dikhususkan untuk para pelanggan manakala satu unit dengan nombor siri AUS-001 akan digunakan untuk tujuan promosi.

 


Oleh sebab itu, Honda Australia mengumumkan akan mengadakan sistem cabutan undian untuk menentukan mereka yang 'layak' untuk memiliki Honda Civic Type R Limited Edition 2021.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftarkan diri bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober, dan perlu mengisi borang penyertaan serta bersetuju untuk memenuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Acara cabutan undian pula hanya akan diadakan pada November ini dan 19 pemenang bertuah akan dihubungi oleh Honda Australia untuk menandatangani kontrak pembelian dengan deposit bernilai $5,000.

 


Menurut pengarah Honda Australia Stephen Collins berkata, "kami mahu memberikan peluang yang adil kepada para pelanggan untuk mendapatkan kereta idaman mereka.

"Di Kanada, 100 unit Honda Civic Type R Limited Edition habis terjual dalam tempoh empat minit sahaja, dan kami percaya dengan cara ini kami dapat memberikan peluang kepada semua peminat Type R di Australia untuk memiliki unit terhad ini.

Honda Civic Type R Limited Edition akan dijual pada harga AU$70,000 (RM206,346), $12,000 (RM35,374) lebih mahal berbanding Honda Civic Type R 2020, sebelum diedarkan kepada pelanggan menjelang suku kedua tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya, pilihan tersebut tidak akan menjadi kenyataan, namun Honda dikatakan bakal menyusun…
Berita Global
Menurut satu dokumen dalaman yang diperoleh daripada CarAdvice memberitahu, Honda kini sedang…
Berita Global
Honda Australia kini menyambut ulang tahun penempatan mereka yang ke-50 dan bagi meraikan…