Honda AVW - EV swapandu untuk kegunaan di tapak pembinaan

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini telah pun melengkapkan ujian model prototaip Autonomous Work Vehicles (AWV) yang dikerahkan bekerja di tapak pembinaan ladang solar Black & Veatch yang terletak di New Mexico.

Menurut Honda, model AWV mampu membawa muatan seberat 399 kg, menunda muatan sehingga 721 kg, berkeupayaan untuk bekerja sehingga lapan jam di dalam persekitaran suhu tinggi, serta mempunyai kelengkapan penderia termasuk radar, lidar, dan kamera stereoskopik.

Di sana, AWV ini amat berguna untuk beberapa tujuan, seperti contoh mengangkut muatan air dan bekalan keperluan, serta boleh digunakan untuk menunda barangan memasuki kawasan pembinaan.
 

AWV


Malah, dengan menggunakan antaramuka aplikasi berasaskan awan, operator mampu menetapkan lokasi sasaran dengan lebih tepat, serta menetapkan titik mula dan titik berhenti bagi pergerakan AWV.

Disebabkan ia berkuasa elektrik sepenuhnya, AWV memerlukan masa kira-kira enam jam untuk dicas penuh.
 

AWV


Pertama kali didedahkan di acara CES 2018, Honda AWV direka sebagai sebuah jentera yang tahan lasak untuk menempuh laluan yang tidak berturap, selain berkeupayaan untuk menetapkan lokasi bekerja dengan lebih tepat dan jitu.

Tiada sebarang perancangan untuk mengkomersialkan kenderaan ini, namun Honda akan terus bekerjasama bagi membangunkan teknologi yang berkaitan serta menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk menguji sendiri keupayaan AWV ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua Pegawai Kewangan Nissan, Ivan Espinosa memaklumkan kepada Nikkei Asia bahawa mereka sedang…
Berita Global
Enjin baharu ini akan digandingkan dengan sistem hibrid yang dijangka menawarkan pemanduan lebih…
Berita Global
Bukan sekadar sebuah kereta konsep, tetapi sebuah pernyataan falsafah tentang masa depan jenama…