Honda AWV - EV tanpa pemandu generasi 3, boleh bawa beban 907 kg

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2018, Honda memperlihatkan sebuah model prototaip Autonomous Work Vehicle (AWV) yang direka khas untuk kegunaan di tapak pembinaan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Generasi kedua prototaip AWV itu kemudian diperkenalkan pada tahun 2021 dengan keupayaan membawa muatan seberat 399 kg, menunda muatan sehingga 721 kg, serta boleh bekerja sehingga lapan jam di dalam persekitaran suhu tinggi.
 

AWV


Tidak seperti model generasi kedua, generasi ketiga AWV kali ini membawakan beberapa penambahbaikan yang lebih signifikan, serta rekaan yang lebih moden.

Dari segi ukuran, AWV ini mempunyai dimensi sepanjang 3,025 mm, lebar 1,300 mm, tinggi 2,051 mm dan 'bed' belakang yang boleh memuatkan sehingga dua unit palet pada satu-satu masa.
 

AWV


Keupayaan membawa muatan juga telah dipertingkatkan kepada 907 kg, di mana AWV kini menyamai kapasiti tipikal sesebuah trak pikap.

Tanpa sebarang pemandu, AWV boleh beroperasi selama 10 jam, dengan kelajuan tertinggi 16 km/j.

Pek bateri 18.6 kWh pula membolehkan jarak gerak sejauh 45 km pada kapasiti muatan maksimum.
 

AWV


Pelbagai jenis penderia turut dimuatkan termasuklah LiDAR, GPS, radar serta unit kamera yang boleh digunakan untuk mengesan dan mengelak halangan, sementara sistem navigasi turut ditambahbaik untuk kawasan yang tidak menerima isyarat satelit yang mencukupi.

Honda AWV ini bakal dipamerkan pada acara CONEXPO 2023 yang akan berlangsung di Las Vegas pada 14 hingga 18 Mac ini.