Honda bakal lancar satelit menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Honda Motor Co. dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk membangun dan melancarkan satelit menjelang tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satelit yang bakal dilancarkan ke angkasa lepas tersebut akan digunakan bagi menyokong fungsi kereta terhubung yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan menerusi jaringan internet.

Honda juga merancang untuk menggunakan kembali komponen roket yang telah dilancarkan dengan memanfaatkan teknologi kawalan dan panduan yang telah dicipta menerusi pembangunan teknologi pemanduan autonomi.

Selain itu, syarikat automotif Jepun itu juga sedang meneliti untuk memperkembangkan perniagaan dengan memasang unit satelit yang dibangunkan oleh syarikat lain.

Bermula daripada perniagaan motosikal, Honda telah mengembangkan perniagaan automotif, robot, selain menceburi bidang aeroangkasa (HondaJet) bagi meningkatkan tahap kepakaran mereka.

Malah, Honda juga merancang untuk membangunkan teknologi eVTOL, selain melancarkan kenderaan eVTOL di Amerika Syarikat menjelang tahun yang sama, sebelum memperluaskan perniagaan tersebut di jepun dan negara Asian yang lain.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…