Honda bakal lancarkan CR-V dengan sel bahan api hidrogen pada 2024

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selain Toyota, satu lagi jenama gergasi Jepun iaitu Honda turut dilihat bakal memperkenalkan teknologi sel bahan api hidrogen pada model kenderaan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda juga percaya dengan masa depan yang mempunyai sel bahan alternatif seperti hidrogen, dan bukan hanya bergantung pada elektrik sepenuhnya.

 

2

 

Untuk pasaran Amerika Utara dan Jepun, Honda bakal melancarkan model CR-V elektrik dengan sel bahan api, teknologi tersebut merupakan hasil kerjasama dengan jenama pengeluar US iaitu General Motors (GM).

Menurut Honda, teknologi itu memiliki satu pertiga kos dan dua kali ganda ketahanan berbanding Honda Clarify Fuel Cell tahun 2017.

 

3

 

CR-V dengan sel bahan api hidrogen itu juga akan dilengkapi ciri plug-in elektrik, dimana ia akan mengurangkan kerisauan pemiliknya terhadap infrastruktur hidrogen yang masih terhad.

Menjelang 2030, Honda menjangkakan untuk menghasilkan teknologi sel bahan api dengan separuh kos dan dua kali ganda ketahanan berbanding sistem yang dihasilkan dengan kerjasama GM.

 

4

 

Di Jepun pula, Honda sedang bekerjasama dengan Isuzu dalam menghasilkan kenderaan berat dengan teknologi tersebut, dan akan memulakan demonstrasi di atas jalan bermula suku pertama tahun 2024.

Bukan sahaja kenderaan di atas jalan, Honda juga mahu membawa teknologi hidrogen mereka hingga ke angkasa lepas, dimana syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Japan Aerospace Exploration Agency untuk menghasilkan teknologi.

 

3

 

Kedua syarikat itu merancang menggunakan tenaga suria bagi mengelektrolisis air untuk menghasilkan oksigen dan hidrogen, dimana sel bahan api tersebut boleh menjana elektrik dan air, atau digelar sebagai "peredaran sistem boleh diperbaharui".

Tentu sekali seperti kebanyakan syarikat masa kini, matlamat utama Honda adalah untuk mencapai neutraliti karbon bagi semua produk dan aktiviti korporatnya menjelang 2050.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…