Honda bangunkan teknologi bantu kurangkan perasaan mabuk dalam EV

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu ciri yang membezakan kereta elektrik (EV) dengan kereta berenjin pembakaran dalaman (ICE) ialah pecutan segera yang boleh diakses saat pedal pendikit ditekan, disebabkan daya kilas yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan satu kelebihan yang besar buat EV dari segi prestasi, namun kelebihan itu sebenarnya merupakan salah satu perkara yang menyumbang kepada ketidakselesaan penumpang di dalam kabin.

Penumpang ada kalanya boleh merasa loya dan mabuk disebabkan proses pecutan yang terlebih agresif itu.

Para jurutera Honda mengakui keadaan ini, dan mereka kini sedang bekerja untuk memastikan pecutan EV yang lebih lancar untuk mengelakkan penumpang berasa loya dengan menentukan pemetaan pecutan yang ideal.
 

honda


Menurut konsultan teknikal Honda, Kotaro Yamamoto memberitahu laman Car, "masalah mabuk ini datangnya daripada pergerakan kereta dengan cara yang anda tidak jangkakan.

"Apa jua pergerakan akan mengakibatkan otak menerima isyarat sesuatu sedang berlaku. Di sinilah di mana perasaan ketidakselesaan itu boleh berlaku.

Disebabkan itu, Honda mahu memperkenalkan satu teknologi bukan sahaja untuk kereta marhaen seperti e:Ny1, akan tetapi boleh diaplikasikan pada kereta sports elektrik.
 

honda e


Beberapa aspek akan dinilai seperti contoh sudut pedal pendikit, kelajuan pedal pendikit ditekan serta kelajuan kenderaan itu sendiri untuk membolehkan EV memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik, lancar dan boleh dipercayai.

"Seni teknologi ini adalah untuk mengurangkan perasaan mabuk dan mengekalkan kedinamikan. Biarpun ia mampu menyelesaikan masalah mabuk yang diperkatakan, teknologi ini tidak akan menjejaskan prestasi sesebuah EV," jelasnya lagi.

Syarikat insurans Perancis AXA menjelaskan pecutan EV yang terlalu mendadak itu mampu menyebabkan pemandu boleh hilang kawalan.

Mereka menggunakan istilah "Overtapping" di mana sentuhan terhadap pedal yang terlalu agresif mengakibatkan kadar kemalangan tunggal mencecah 50 peratus di kalangan pemilik EV.

Sumber: Car Magazine