Honda beli 1% saham syarikat bateri China CATL - kerjasama bangunkan bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Honda Motor Co telah membuat pelaburan kecil di dalam syarikat penghasil bateri dari China, Contemporary Amperex Technology (CATL) untuk membangunkan bateri untuk kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Selain daripada Honda, CATL juga turut membekalkan komponen bateri untuk syarikat automotif lain seperti Tesla, Toyota dan juga Honda.

Honda difahamkan akan melancarkan kereta elektrik pertama yang dilengkapi dengan pek bateri CATL di China pada tahun 2022.

Selain daripada kerjasama tersebut, kedua-dua syarikat tersebut juga akan melihat aspek kitar semula bateri sebagai salah satu bentuk perniagaan baharu.

Ini bukanlah kali pertama Honda mengadakan kerjasama sedemikian di dalam arena kereta elektrik, di mana Honda pernah mengadakan kerjasama dengan GAC bagi membangunkan crossover elektrik Everus VE-1 pada tahun lalu.

Sementara itu, Honda juga turut membuat perjanjian dengan Hitachi bagi tujuan pembangunan, produksi dan pengkomersialan motor elektrik untuk model hibrid, PHEV dan BEV.

Di Amerika Syarikat, Honda turut berkawan dengan GM bagi pembangunan dua buah model kereta elektrik baharu, tidak lama selepas Honda memperkenalkan model hatchback elektrik Honda e di pasaran Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kawasan kejiranan di Jepun memang sesuai untuk EM1 e: manakala di Eropah Honda menyasarkannya…
Berita Global
HondaJet Elite II dikuasakan oleh sepasang enjin GE Honda HF120, setiap satu mampu menjana kuasa…
Sukan Bermotor
Tahun yang sama bakal menyaksikan pelaksanaan undang-undang baharu di mana penggunaan bahan api…