Honda beli bateri dari China untuk satu juta unit kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda bukannya satu nama yang besar bila kita bercerita tentang kenderaan elektrik (EV) tetapi semalam syarikat itu menandatangai perjanjian untuk membeli bateri bagi satu juta unit kenderaan EV.

Perjanjian dengan syarikat bateri China itu, Contemporary Amperex Technology Co. Ltd atau CATL turut melibatkan kolaborasi pembinaan kenderaan EV untuk masa akan datang.

Tahun lalu, Honda pernah dilaporkan sedang dalam proses penghasilan sebuah kenderaan EV bersaiz Jazz dengan rakan teknikalnya, CATL.

CATL akan membekalkan bateri-bateri lithium-ion untuk EV dengan jumlah tenaga terkumpul 56 GWh sebelum tahun 2027.

Berdasarkan saiz pek bateri EV 55 kWh, ia mencukupi untuk menghasilkan sejuta kenderaan elektrik.

Honda dijangka akan melancarkan kenderaan EV mereka pada penghujung tahun ini.

CATL pula terus ke hadapan sebagai antara pemain penting di dalam industri EV.

Terdahulu, CATL sudahpun bersetuju untuk membekalkan bateri kepada National Electric Vehicles Sweden (NEVS) yang juga pengganti kepada jenama Saab.

BMW telah bersetuju untuk membeli bateri berjumlah US$1 billion bagi kenderaan EV jenama Jerman itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kawasan kejiranan di Jepun memang sesuai untuk EM1 e: manakala di Eropah Honda menyasarkannya…
Berita Global
HondaJet Elite II dikuasakan oleh sepasang enjin GE Honda HF120, setiap satu mampu menjana kuasa…
Sukan Bermotor
Tahun yang sama bakal menyaksikan pelaksanaan undang-undang baharu di mana penggunaan bahan api…