Honda BR-V 2020 dibuka untuk tempahan!

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia mengumumkan tempahan bagi BR-V 2020 telah mula dibuka. BR-V iaitu sebuah Crossover tujuh-tempat duduk versi 2020 ini telah diberikan imej yang lebih segar dan menarik dengan peningkatan beberapa ciri baharu. Model ini dijangka akan dilancarkan di pasaran tempatan pada suku pertama (Q1) 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dari luaran BR-V 2020 ini yang telah dipertingkatkan termasuk rekaan di bahagian hadapan dengan bampar berserta gril hadapan, kemasan bampar bawah dan lampu kabus hadapan baharu. Ia turut diberikan kemasan bampar bawah belakang baharu, di samping padanan antena sirip 'shark fin' (jerung) dan rekaan roda aloi 16-inci baharu.

 

Di bahagian kabin dalaman pula, BR-V 2020 ini ditampilkan dengan kemasukan tanpa kunci (keyless) dan butang 'push start' yang kini standard untuk semua varian. Selain itu, ia juga diberikan tempat duduk kulit sulaman baharu dengan kemasan merah.

 

Di bahagian tempat duduk barisan ketiga, ia boleh dilaraskan dengan nisbah 50:50 dan ini memberikan ruang penyimpanan barangan sebanyak 539 liter apabila tempat duduk barisan tersebut dibaringkan sepenuhnya tetapi sekiranya tempat duduk dalam keadaan biasa, keluasan bootnya cuma 223 liter sahaja.

 

BR-V 2020 ini masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.5L SOHC i-VTEC dengan kuasa 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm, dengan padanan transmisi CVT.

 

Honda Malaysia masih belum menyatakan harga di atas jalan bagi model BR-V 2020 ini tetapi kami di Careta berpendapat pasti terdapat kenaikan harga seperti model-model Honda sebelum ini seperti mana yang dinyatakan di artikel kami terdahulu.  

 

Video BR-V 2020 dari facebook Honda di sini:

 

 

 

  •  

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…